10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

31.5.3.10. Mengikut peraturan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),

Sijil Perakuan Kelayakan Operasi merupakan lesen operasi sistem kereta api dan ianya

perlu dipamerkan. Bagaimanapun, lawatan susulan Audit pada bulan Julai 2011

mendapati sijil tersebut yang pada asalnya dipamerkan di stesen bawah telah

ditanggalkan dan disimpan dalam bilik penyimpanan peralatan (Gambar 31.32 hingga

31.34). Selain itu, Papan Notis Keselamatan yang telah dibekalkan oleh kontraktor

seperti mana ketetapan kontrak didapati hanya disimpan dalam bilik stor peralatan.

Adalah diperhatikan juga Papan Kenyataan Berkaitan Sejarah Bukit Bendera yang telah

disediakan oleh Kementerian Pelancongan untuk memberi informasi kepada pengunjung

juga tidak dipamerkan dan hanya disimpan di dalam bilik stor peralatan.

Kawasan Platform Di Stesen Atas

- Sijil Perakuan Kelayakan Operasi

Oleh JKKP Dipamerkan

(31.05.2011 )

GAMBAR 31.32 HINGGA 31.34

Kawasan Platform Di Stesen Atas

- Sijil Perakuan Kelayakan Operasi

Oleh JKKP Ditanggalkan

(07.07.2011 )

Pada pendapat Audit, PHC perlu memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang

telah disediakan oleh Kementerian/kontraktor bagi memastikan Kerajaan

mendapat value for money bagi perbelanjaan yang telah dibuat.

Maklum Balas Kementerian Pelancongan Yang Diterima Pada 28 Mei 2012

PHC memaklumkan reka bentuk papan notis keselamatan, papan sijil kelayakan

operasi dan papan sejarah Bukit Bendera sedia ada tidak bersesuaian dengan

reka bentuk bangunan dan sebagai penambahbaikan papan tanda tersebut telah

siap pada bulan April 2012.

31.5.4. Pengurusan Aset Terpakai Projek (Kereta Api Dan Rel)

Merujuk kepada syarat kontrak, aset yang ditanggalkan oleh kontraktor (peralatan sistem

kereta api terpakai) hendaklah dihantar ke stor JKR Pulau Pinang. Aset ini boleh digunakan

semula sekiranya diperlukan oleh PHC. Berdasarkan keputusan YB Menteri Pelancongan

pada 14 Mac 2010, aset tersebut hendaklah dijual secara tender terbuka dan hasil jualan

tersebut akan digunakan bagi tujuan pengindahan di kawasan Bukit Bendera. Semakan

Audit mendapati senarai aset telah disediakan oleh kontraktor serta aset tersebut telah

disimpan di stor JKR Sungai Pinang dan sebahagian lagi telah disimpan di stesen bawah

479 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!