10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

pengurusan hasil dan pengurusan aset Kerajaan. Kelemahan tersebut adalah disebabkan

oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan; kurang

teliti semasa merancang program/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender;

tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja-kerja kontraktor/vendor/perunding; kurang

kemahiran dalam pengurusan projek; lewat membuat keputusan mengenai perolehan;

sistem maklumat jabatan/agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini; kurang memberi

perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/projek; kekurangan peruntukan

untuk penyenggaraan aset; dan kekurangan pegawai untuk mengutip hasil.

4. Selain daripada itu, Laporan ini juga mengandungi prestasi kewangan 47 syarikat

Kerajaan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 serta hasil analisis terhadap data yang

diperolehi daripada penyata kewangan syarikat yang telah diaudit. Sebanyak 23 syarikat

telah memperolehi keuntungan sebelum cukai untuk tempoh 3 tahun berturut-turut

berjumlah RM255.834 bilion dan 9 syarikat mengalami kerugian terkumpul bagi tempoh

3 tahun berturut-turut berjumlah RM2.446 bilion. Bagaimanapun, daripada 23 syarikat yang

memperolehi keuntungan tersebut, hanya 10 syarikat yang membayar dividen kepada

Kerajaan bagi 3 tahun berturut-turut berjumlah RM109.364 bilion manakala 4 syarikat yang

lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu sahaja. Sebanyak 20 daripada

25 syarikat telah membayar cukai bagi 3 tahun berturut-turut berjumlah RM81.382 bilion

kepada Kerajaan.

5. Bagi membantu Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan memperbetulkan

kelemahan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 dan

2010, sebanyak 547 syor telah dikemukakan untuk tujuan tersebut. Pemeriksaan susulan

yang dijalankan setakat 30 April 2012 mendapati 241 (96.4%) daripada 250 syor yang

dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009 telah diambil tindakan

dengan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Manakala bagi tahun 2010, sebanyak 220

(74.1%) daripada 297 syor yang dikemukakan telah diambil tindakan. Dalam Laporan Ketua

Audit Negara bagi tahun 2011 ini pula, sebanyak 356 syor telah dikemukakan kepada

Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan berkenaan untuk tindakan pembetulan atau bagi

mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang. Jabatan ini akan membuat

pemantauan secara berterusan bagi memastikan tindakan yang sewajarnya diambil oleh

pihak yang berkenaan terhadap syor tersebut dan akan melaporkan kedudukan terkininya

dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012.

6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai

Kementerian/Jabatan/Syarikat Kerajaan yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai

saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan

terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh

komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.

( TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG )

Ketua Audit Negara

Malaysia

Putrajaya

25 Julai 2012

x

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!