10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

33.5.3.2. Pengagihan Bekalan Kuasa Elektrik Tidak Menyeluruh

a. Berdasarkan skop kerja di dalam kontrak, kapasiti sistem solar hibrid yang direka

bentuk mestilah memenuhi keperluan asas harian (normal daily load) bagi

keseluruhan bangunan sekolah kecuali bagi makmal komputer di bawah projek

Schoolnet. Selain itu, kontraktor juga perlu mengambil kira 10% hingga 20%

keperluan tenaga tambahan untuk masa hadapan bagi setiap sekolah. Keperluan ini

adalah berdasarkan kepada statistik pendaftaran murid pada setiap tahun dan juga

kemungkinan sekolah dijadikan sebagai pusat aktiviti sosial masyarakat setempat.

b. Pemeriksaan Audit mendapati beberapa bangunan dalam kawasan sekolah tidak

disambungkan kepada sistem solar hibrid. Bangunan tersebut adalah seperti

kuarters guru di SK Timbua dan SMK Timbua, Ranau, Sabah. Selain itu, di SMK

Timbua bilik darjah kabin pasang siap yang merupakan projek baru juga tidak

mendapat bekalan melalui sistem solar hibrid. Kontraktor memaklumkan sambungan

elektrik melalui sistem solar hibrid tidak dibuat kerana kapasiti tenaga yang

diperuntukkan sebanyak 50 hingga 60 kilowatt (kw) tidak mencukupi untuk

menampung beban daripada rumah guru dan kabin bilik darjah tersebut.

Pemeriksaan Audit selanjutnya mendapati bangunan tersebut akan mendapat

bekalan elektrik melalui sistem talian grid KKLW/SESB pada awal tahun 2012.

Bangunan rumah guru dan bilik darjah kabin pasang siap yang tidak mendapat

bekalan elektrik melalui sistem solar hibrid adalah seperti di gambar berikut:

Sistem

Solar

Hibrid

Rumah

Guru

GAMBAR 33.30 GAMBAR 33.31

Sistem

Talian Grid

SK Timbua, Ranau, Sabah

- Rumah Guru Tidak Mendapat Sambungan

Elektrik Melalui Sistem Solar Hibrid

(08.11.2011)

Kabin Bilik

Darjah

SMK Timbua, Ranau, Sabah

- Kabin Bilik Darjah Pasang Siap Tidak Mendapat

Sambungan Elektrik Melalui Sistem Solar Hibrid

(08.11.2011)

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

JKR memaklumkan SK Timbua dan SMK Timbua merupakan sekolah yang

mempunyai kapasiti tenaga yang terhad iaitu antara 50 hingga 60 kw. Semasa

lawatan tapak, pihak sekolah meminta agar kuarters guru tidak dimasukkan sekali

kerana ianya akan melebihi kapasiti tenaga yang diperlukan dan meminta untuk

disambungkan dengan bekalan elektrik melalui talian grid SESB. Selain itu

berdasarkan maklum balas kontraktor berkaitan, projek kabin pasang siap telah

dilaksanakan oleh kontraktor yang berlainan dan belum lagi diserahkan kepada

Kementerian pada waktu itu. Ianya juga tidak termasuk di dalam layout plan asal

semasa pemeriksaan tapak dilakukan bersama JKR dan Kementerian.

Pada pendapat Audit, pengagihan bekalan kuasa elektrik hendaklah dibuat secara

menyeluruh dan mengambil kira keperluan tenaga tambahan untuk masa depan

bagi memastikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas.

512 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!