10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

Baki 192 unit yang tidak digunakan telah dijadikan sebagai stok simpanan bagi

penggantian peralatan apabila rosak semasa pengoperasian AVLS.

b. Semakan Audit selanjutnya mendapati AVLS tersebut yang mula digunakan pada

tahun 2005 telah diberhentikan operasinya mulai tahun 2008. Pihak Audit tidak

dapat mengesahkan ketepatan tarikh dan punca sebenar pemberhentian operasi

AVLS memandangkan DBKL tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen atau

rekod kepada pihak Audit bagi mengesahkannya.

Maklum Balas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

AVLS telah diberhentikan pada bulan Julai 2008 disebabkan maklumat yang

diperoleh tidak dapat digunakan secara berfaedah; kos penyenggaraannya terlalu

tinggi iaitu dianggarkan berjumlah RM120,000 sebulan; kurang kerjasama

daripada pengusaha operasi/pemandu kenderaan serta masalah vandalisme.

32.5.4.4. Hasil pemeriksaan fizikal terhadap stok peralatan AVLS di stor TMC pada

31 Oktober 2011 mendapati daripada 1,408 peralatan AVLS yang telah dipasangkan

kepada kenderaan, hanya 263 (18.7%) daripadanya yang telah ditanggalkan (akibat

pemberhentian operasinya) dapat dikesan dan disimpan dalam 3 kotak berasingan di

dalam stor tersebut. Namun didapati penyimpanannya tanpa kawalan keselamatan yang

teratur di mana kotak-kotak tersebut hanya diletakkan di atas meja. Pihak Audit tidak

dapat mengesan baki 192 stok peralatan AVLS yang langsung tidak pernah digunakan

memandangkan ia tidak disimpan di stor yang sama serta kegagalan DBKL untuk

menyediakan rekod yang teratur berkenaannya. Gambar 32.9 hingga 32.11

menunjukkan 263 peralatan AVLS yang disimpan di stor TMC semasa pemeriksaan

Audit dijalankan.

GAMBAR 32.9 GAMBAR 32.10

Traffic Management Centre

- Stok Peralatan AVLS Yang Ditanggalkan Daripada

Kenderaan Disimpan Dalam Kotak 1 Dan Hanya

Diletakkan Di Atas Sebuah Meja Di Stor

(31.10.2011)

Traffic Management Centre

- Stok Peralatan AVLS Yang Ditanggalkan Daripada

Kenderaan Disimpan Dalam Kotak 2 Dan Hanya

Diletakkan Di Atas Sebuah Meja Di Stor

(31.10.2011)

GAMBAR 32.11

Traffic Management Centre

- Stok Peralatan AVLS Yang Ditanggalkan Daripada

Kenderaan Disimpan Dalam Kotak 3 Dan Hanya

Diletakkan Di Atas Sebuah Meja Di Stor

(31.10.2011)

493 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!