10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

b. Akaun Pinjaman Yang Dibatalkan

i. Laporan Baki Akaun Subsidiari yang dijanakan oleh sistem SISKA menunjukkan

68 peminjam berstatus batal tetapi masih aktif dengan baki pinjaman berjumlah

RM5.82 juta. Ringkasan akaun pinjaman yang dibatalkan tetapi masih aktif

adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 5.7

AKAUN PINJAMAN YANG DIBATALKAN

BAGI TEMPOH TAHUN 1997 HINGGA 2011 TETAPI MASIH AKTIF

TAHUN BATAL BIL. PEMINJAM AMAUN (RM Juta)

1997 - 1999 14 0.43

2000 - 2001 6 0.33

2002 - 2003 6 0.29

2004 - 2005 6 0.38

2006 - 2007 9 0.73

2008 - 2009 2 0.07

2010 - 2011 25 3.59

JUMLAH 68 5.82

ii. Semakan Audit mendapati, maklumat akaun peminjam tidak kemas kini adalah

disebabkan oleh sistem yang dibangunkan di BPP tidak berintegrasi antara satu

sama lain. Oleh yang demikian, penyemakan data perlu dilakukan di setiap

sistem yang ada seperti SISKA, SPP dan sebagainya secara berasingan.

Pada pendapat Audit, BPP perlu mengambil tindakan segera untuk

mengemaskini maklumat akaun peminjam. Selain itu, BPP perlu menaik taraf

sistem sedia ada agar sistem tersebut mampu berhubung dan berintegrasi

antara satu sama lain. Dengan ini apabila sesuatu data/maklumat di kunci

masuk, kesemua sistem yang berkaitan akan dikemaskini secara automatik.

Seterusnya maklumat akaun peminjam dan baki pinjaman dapat dijana secara

tepat dan terkini.

Maklum Balas Bahagian Pinjaman Perumahan Yang Diterima Pada 30 Mei 2012

Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu sedang dibangunkan secara inhouse dan

dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada akhir tahun 2014. Sistem ini

merupakan sistem atas talian bagi menyokong keseluruhan proses pinjaman

perumahan.

5.5.3. Proses Pinjaman

5.5.3.1. Tempoh Pinjaman Bagi Peminjam Memilih Skim Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja (KWSP)

Merujuk kepada syarat pinjaman perumahan yang dikeluarkan oleh pihak BPP,

peminjam yang memilih skim KWSP hendaklah memastikan amaun pinjaman

diselesaikan sebelum peminjam bersara. Berdasarkan kepada rekod BPP, seramai

14,486 peminjam telah memilih skim KWSP. Analisis yang dijalankan mendapati arahan

potongan gaji bagi 2,827 (19.5%) peminjam hanya akan tamat selepas tarikh bersara

iaitu antara umur 58 tahun hingga 78 tahun dengan andaian kesemua peminjam

tersebut memilih untuk bersara pada umur 58 tahun. Semakan Audit selanjutnya

terhadap 20 sampel fail peminjam bagi mengesahkan hasil analisis yang dijalankan

mendapati arahan potongan gaji (APG) terakhir bagi 18 (90%) peminjam adalah

melebihi tarikh bersara antara 4 bulan hingga 11 tahun 9 bulan seperti di Jadual 5.8.

Manakala seorang peminjam telah memilih skim pencen dan APG terakhir bagi seorang

55 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!