10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas UDA Holdings Berhad Yang Diterima Pada 14 Jun 2012

Pihak pengurusan resort giat mengambil inisiatif dari segi promosi dan

pemasaran dalam memajukan resort ini di Malaysia khasnya dan di mata dunia

amnya sejak ia ditubuhkan sehingga kini.

67.5.3. Pematuhan Terhadap Peraturan Pengurusan Dan Kewangan Syarikat

Akta Syarikat 1965, surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan serta Kod

Tadbir Urus Korporat telah memperincikan elemen penting yang perlu dipatuhi untuk

memastikan tadbir urus korporat dan kewangan yang baik oleh syarikat. Bagi memastikan

wujudnya kawalan dalaman yang mantap terhadap pengurusan dan kewangan syarikat,

UHB telah mewujudkan beberapa jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Audit dan Risiko,

Jawatankuasa Lantikan dan Ganjaran, Lembaga Tender, Jawatankuasa Hala Tuju Korporat

dan Jawatankuasa Hala Tuju Sumber Manusia. Jawatankuasa tersebut mempunyai peranan

masing-masing bagi memastikan peraturan pengurusan, operasi dan kewangan syarikat

yang sedia ada sentiasa dipatuhi manakala sebarang kelemahan diatasi dengan segera.

Semakan Audit berhubung dengan tadbir urus korporat mendapati perkara seperti berikut:

67.5.3.1. Perancangan Strategik

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menyatakan bahawa syarikat perlu

menyediakan rancangan korporat dan menetapkan strateginya bagi menentukan hala

tuju syarikat dan merangka strategi pelaksanaannya. Semakan Audit mendapati UHB

telah menyediakan perancangan strategik bagi tahun 2008 dan unjuran kumpulan bagi

tahun 2009 hingga 2012 dan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 2 Tahun

2008 pada 10 April 2008. Ia merangkumi penetapan visi dan misi korporat antaranya

berusaha sebagai pemaju hartanah yang dinamik dengan mengoptimumkan keuntungan

dalam aktiviti perniagaan. Rancangan Perniagaan mengambil kira iklim ekonomi selaras

dengan rancangan rangsangan ekonomi oleh Kerajaan, pasaran hartanah Malaysia dan

perkembangan ekonomi dunia. Kandungannya meneliti kekuatan dan kelemahan di

setiap bahagian bagi mencapai sasaran perniagaan dan pelan tindakan yang ditetapkan

selain dari merangka dan menilai strategi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

67.5.3.2. Pembayaran Dividen

Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993, syarikat perlu membayar

dividen sekurang-kurangnya 10% setiap tahun kepada Kerajaan sebagai pemegang

saham. Sekiranya keuntungan lebih diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan

dividen perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kedudukan

kewangan syarikat. Semua bayaran dividen hendaklah dibuat berasaskan keuntungan.

Semakan Audit mendapati bagi tahun 2008 dan 2010, UHB tidak membayar dividen

kepada Kerajaan walaupun mencatat keuntungan operasinya bagi tahun 2008 dan 2010.

Memandangkan UHB masih mengalami kekangan aliran tunai bagi menampung

perancangan dan pembangunan projek di bawah UDA Urban, UDA Land dan

penambahbaikan serta pengubahsuaian kompleks perniagaan sedia ada, maka

Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 1/2010 bertarikh 11 Mac 2010, bersetuju supaya

UHB tidak membayar dividen kepada Kementerian Kewangan bagi tahun 2010.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati tiada bukti menunjukkan bahawa kelulusan

pengecualian bayaran dividen ini diperolehi daripada Kementerian Kewangan.

Maklum Balas UDA Holdings Berhad Yang Diterima Pada 14 Jun 2012

Bahagian Kewangan UHB telah mengemukakan surat memohon kelulusan

pengecualian bayaran dividen bagi tahun 2008 dan 2010 kepada Kementerian

Kewangan pada 26 April 2012.

1029

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!