10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

7.5.5.2. Tindakan Guaman Sivil

Seksyen 106 ACP 1967 memperuntukkan apa-apa amaun yang perlu dibayar oleh

pembayar cukai adalah merupakan satu hutang kepada Kerajaan dan boleh dikutip oleh

Kerajaan melalui kaedah tindakan guaman sivil. Seksyen ini jelas memberi kuasa

kepada LHDNM selaku agen Kerajaan untuk mengutip cukai yang tertunggak melalui

tindakan guaman sivil. Semakan Audit selanjutnya terhadap lejar 16 pemilik harta seperti

di Jadual 7.8 mendapati tindakan permulaan guaman sivil tidak diambil terhadap pemilik

harta tersebut.

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

18 Jun 2012

Tindakan pemungutan diambil ke atas cukai tertunggak berdasarkan strategi dan

mengikut keutamaan memandangkan kakitangan yang terhad seperti yang

dinyatakan dalam program percukaian. Arahan dan pekeliling juga telah

dikeluarkan bagi menerang dan memudahkan lagi tindakan guaman sivil.

Pada pendapat Audit, LHDNM hendaklah mengambil tindakan pemungutan seperti

tindakan menghalang ke luar negara dan tindakan guaman sivil terhadap pemilik harta

yang mempunyai tunggakan cukai bagi mengelak daripada kehilangan hasil Kerajaan

serta mengurangkan cukai tertunggak.

7.6. SYOR AUDIT

Bagi memantapkan lagi pengurusan cukai pendapatan pemilik harta, LHDNM disyorkan supaya

meneliti dan mengambil tindakan seperti berikut:

7.6.1. Bekerjasama dengan agensi Kerajaan atau swasta dalam perkongsian maklumat

agar asas cukai dapat diperluaskan serta membolehkan kutipan cukai dipertingkatkan.

7.6.2. Tindakan pengesanan perlu diperkukuhkan serta diperkasakan bagi mengelak

daripada berlakunya pelarian cukai oleh individu yang layak dikenakan cukai.

7.6.3. Kriteria pemilihan kes untuk audit meja atau audit luar perlu dilanjutkan kepada

pemilik harta untuk mengelak daripada berlakunya pelaporan pendapatan yang tidak tepat,

kekurangan kutipan hasil dan mengelak daripada berlakunya pelarian cukai.

7.6.4. Mengambil tindakan menghalang ke luar negara dan tindakan guaman sivil terhadap

pemilik harta yang mempunyai tunggakan cukai bagi mengelakkan kehilangan hasil

Kerajaan dan mengurangkan cukai tertunggak.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 63-67

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

91 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!