10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN PENERANGAN,

KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

45. JABATAN WARISAN NEGARA

- PROGRAM PEMULIHARAAN DAN PEMUGARAN TINGGALAN SEJARAH

45.1. LATAR BELAKANG

45.1.1. Jabatan Warisan Negara (JWN) bermula sebagai Bahagian Warisan iaitu salah satu

bahagian di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA). Bahagian

ini kemudiannya dinaiktaraf menjadi sebuah jabatan pada 1 Mac 2006. Jabatan ini

bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang

termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Antara fungsi utama Jabatan ini adalah

menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005,

mendaftarkan warisan negara ke dalam Daftar Warisan dan Daftar Warisan Kebangsaan,

memelihara dan memulihara warisan negara serta merancang, melaksanakan dan

menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan dengan warisan. Untuk memastikan objektif jabatan

tercapai, Bahagian Konservasi dan Arkeologi telah diwujudkan dan Cawangan Konservasi

yang diletak di bawah bahagian ini. Objektif utama cawangan ini adalah untuk memastikan

khazanah warisan negara sama ada dalam bentuk boleh alih atau insitu dikekalkan melalui

aktiviti memulihara, memelihara dan membangunkan monumen lama dan tapak tanah

bersejarah di seluruh Malaysia berdasarkan Akta Warisan Kebangsaan 2005.

45.1.2. Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9), sejumlah RM100 juta telah

diluluskan kepada Jabatan Muzium Malaysia di bawah Projek Pemuliharaan Monumen dan

Tapak Tanah Bersejarah. Bagaimanapun, peruntukan tersebut dipindahkan ke Jabatan

Warisan Negara pada tahun 2006 di bawah Program Pemuliharaan dan Pemugaran

Tinggalan Sejarah (Program PPTS). Siling peruntukan tersebut telah dikurangkan kepada

RM82.30 juta susulan daripada Kajian Separuh Penggal RMKe-9.

45.1.3. Objektif program ini adalah untuk menyelidik, mengumpul, memulihara, menyelamat

dan mengembangkan harta warisan negara sama ada “warisan budaya” (cultural heritage)

atau “warisan alam semulajadi” (natural heritage) dan juga “yang alih” (moveable) dan “yang

tidak alih” (immoveable).

45.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada Program PPTS telah dirancang, diurus dan

dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

45.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap Program

PPTS di bawah RMKe-9 (2006 hingga 2010). Pengauditan telah dijalankan di peringkat

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (Kementerian); Bahagian Konservasi

dan Arkeologi, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pendaftaran dan Penguatkuasaan di

JWN dan 22 projek yang dipilih.

45.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan rekod dan dokumen, testimoni melalui temu bual dan

berbincang dengan pegawai yang terlibat, analisis data, pemeriksaan, pemerhatian terhadap

kerja konservasi dan pengesahan pihak ketiga.

724 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!