10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Pihak sekolah berkenaan telah mengambil tindakan dengan mendapatkan

maklumat pengeluar pembekal berkenaan dan memantau selia kualiti

penyediaan/sajian makanan berkenaan bagi memastikan kualiti/mutu sajian

adalah terjamin. Di SMA Islamiah Tawau, pihak sekolah akan memastikan kualiti

serta mutu sajian hidangan adalah terjamin dan akan dikawal selia secara

berterusan. Di SM Sains Selangor, Kuala Lumpur, pihak sekolah telah mengambil

tindakan dengan memantau selia kualiti penyediaan/sajian makanan berkenaan

bagi memastikan kualiti/mutu sajian adalah terjamin. Di SMA Islamiah Tawau dan

SM Teknik Lahad Datu, pihak sekolah memaklumkan bahawa rutin murid

membasuh peralatan makan sendiri adalah salah satu mekanisme mendidik

disiplin murid. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan memastikan aktiviti

tersebut dikawal selia oleh pihak kontraktor dan pihak sekolah bagi memastikan

keselamatan serta tahap kebersihan sentiasa terjamin.

Pada pendapat Audit, tahap pematuhan Kontraktor kepada syarat kontrak

khususnya terhadap spesifikasi bahan makanan adalah kurang memuaskan. Ini

menyebabkan bahan makanan mentah dan kering yang dibekalkan tidak

memenuhi kualiti, kuantiti dan menimbulkan keraguan terhadap faktor halal,

kesegaran, khasiat dan kebersihannya. Kementerian perlu mengatasi kelemahan

tersebut dengan memastikan kontraktor mematuhi sepenuhnya syarat kontrak

bagi menjamin murid mendapat makanan yang berkhasiat, berkualiti, halal dan

bersih.

36.5.3.2. Perubahan Dan Modifikasi Pesanan Perkhidmatan

Mengikut syarat kontrak, kontraktor hendaklah menyedia makanan dengan mematuhi

bahan-bahan (bahan mentah dan bahan kering) yang ditetapkan dalam 28 menu

Kementerian iaitu mengikut menu harian yang berbeza selama 28 hari untuk disajikan

kepada murid. Sebarang perubahan atau modifikasi terhadap perkhidmatan hendaklah

dibuat dengan persetujuan bertulis antara Kerajaan dan kontraktor. Kontraktor tidak

dibenarkan menukar menu kecuali pertukaran diberitahu 24 jam lebih awal, dengan

sebab-sebab yang munasabah dan dipersetujui oleh Pengetua sekolah. Pesanan

perkhidmatan akan dibuat oleh pihak sekolah secara bertulis dengan menggunakan

borang pesanan dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh, masa dan tempoh perkhidmatan

dikehendaki. Sebarang pindaan pesanan perkhidmatan oleh kontraktor yang kurang

daripada 48 jam adalah tidak dibenarkan. Semakan Audit di 30 sekolah mendapati

perkara seperti berikut:

a. Pertukaran spesifikasi bahan dan menu yang dibuat di 8 sekolah tidak mendapat

kelulusan Pengetua terlebih dahulu di mana bahan dan cara makanan disediakan

telah diubah seperti ikan siakap tiga rasa diganti dengan ayam goreng atau nanas

diganti dengan tembikai merah. Butiran lanjut adalah seperti di Jadual 36.9.

Mengikut pihak kontraktor, pertukaran spesifikasi ini adalah disebabkan bahan

makanan bagi menyediakan menu yang ditetapkan tiada dalam pasaran pada hari

tersebut. Adalah diperhatikan juga Penyelia Asrama tidak memainkan peranan untuk

memastikan kontraktor mematuhi syarat kontrak dan mendapatkan kelulusan

Pengetua sekolah terlebih dahulu sebelum menukar menu.

589 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!