10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

f. Selain daripada faedah pinjaman, BPMB juga mengenakan bayaran berjumlah

RM11.11 juta sebagai yuran memproses SPT dan perkhidmatan nasihat kewangan.

Semakan Audit selanjutnya mendapati perkara berikut:

i. Bagi setiap bayaran kemajuan kepada MGJV, pihak bank telah mengenakan

yuran memproses bayaran pada kadar 0.15% daripada nilai bayaran.

Keseluruhan yuran memproses bayaran kemajuan yang telah dibayar kepada

pihak bank berjumlah RM10.05 juta. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat

memastikan justifikasi bayaran tersebut kerana semua urusan pengesahan

dokumen bayaran kemajuan (penyata kemajuan bayaran, perakuan bayaran

interim (Format JKR 66), sijil kemajuan kerja dan penyata bayaran balik wang

pendahuluan) dibuat oleh KSET/KTMB/Kementerian dan bukannya oleh pihak

bank.

ii. Sejumlah RM1.06 juta dibayar kepada CIMB Investment Bank Berhad dan

Maybank Investment Bank Berhad kerana memberi khidmat nasihat kewangan

berkaitan SPT kepada BPMB. Bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat

menentukan sama ada bayaran ini memberi nilai pulangan terbaik (value for

money) kerana Kementerian tidak mengeluarkan tawaran kepada bank-bank

lain untuk memberi perkhidmatan nasihat kewangan.

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 8 Jun 2012

Semua syarat-syarat yang termaktub dalam SPT adalah persetujuan bersama

antara Kementerian Kewangan, BPMB dan MGJV. Selain itu, pelantikan BPMB

sebagai Lead Lender adalah atas persetujuan Kementerian Kewangan.

Pada pendapat Audit, bayaran untuk Projek Ipoh ke Padang Besar adalah teratur

kerana memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak. Bagaimanapun,

pihak Audit tidak dapat memastikan justifikasi bayaran yuran berjumlah

RM10.05 juta untuk memproses bayaran interim yang sebenarnya dibuat oleh

KSET, KTMB dan Kementerian. Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat

menentukan sama ada bayaran perkhidmatan nasihat kewangan berjumlah

RM1.06 juta adalah pada kadar yang kompetitif kerana Kementerian tidak

mengeluarkan tawaran kepada bank-bank lain.

26.5.2. Pengurusan Projek

26.5.2.1. Pengambilan Tanah

a. Kelewatan Dalam Pengambilan Tanah

Mengikut Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2005, Kementerian

dikehendaki memperuntukkan masa sekurang-kurangnya setahun dari tarikh

permohonan dikemukakan kepada Pentadbir Tanah untuk urusan pengambilan

tanah di dalam jadual pelaksanaan projek. Selain itu, klausa 12, Apendiks 1 kepada

kontrak Projek Ipoh ke Padang Besar menetapkan tarikh pemilikan tapak adalah

berdasarkan status tanah iaitu 3 bulan untuk tanah hak milik Kerajaan

Persekutuan/Perbadanan Aset Keretapi tanpa halangan/bebanan hingga 12 bulan

untuk tanah hak milik persendirian/Kerajaan Negeri dengan halangan/bebanan.

Memandangkan tarikh pemilikan tapak Projek Ipoh ke Padang Besar adalah pada

8 Januari 2008, pengambilan semua tanah hak milik persendirian yang terlibat perlu

diselesaikan pada 7 Januari 2009. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap proses

pengambilan tanah projek mendapati perkara berikut:

363 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!