10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

37.5.2.2. Pengurusan Bon Pelaksanaan

Menurut peraturan, kontrak bekalan melebihi RM500,000 hendaklah dikenakan bon

pelaksanaan sebanyak 5% daripada nilai kontrak. Bagi kontrak bermasa dalam tempoh

2 tahun atau lebih, kadar pengiraan bon adalah berdasarkan anggaran kontrak setahun

sahaja. Bon pelaksanaan ini perlu meliputi keseluruhan tempoh kontrak dengan tempoh

sah laku hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga 12 bulan selepas tarikh tamat

kontrak. Appendix VI perjanjian konsesi lama menyatakan tempoh sah laku bon

pelaksanaan tamat setelah Syarikat Pharmaniaga selesai melaksanakan obligasi

perjanjian tersebut iaitu pada 30 November 2009. Berdasarkan Memorandum Jemaah

Menteri pada 3 Jun 2009, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya tempoh kontrak

Syarikat Pharmaniaga dilanjutkan selama 6 bulan bermula 1 Disember 2009 atau

sehingga perjanjian konsesi baru ditandatangani. Oleh itu, bon pelaksanaan lama masih

terpakai bagi tempoh 1 Disember 2009 hingga perjanjian konsesi baru dimuktamadkan.

Selaras Klausa 6.1 perjanjian konsesi baru, Syarikat Pharmaniaga perlu mengemukakan

bon pelaksanaan sebaik sahaja perjanjian konsesi baru dimuktamadkan. Semakan Audit

mendapati perkara berikut:

a. Bon Pelaksanaan bernilai RM45 juta yang dikenakan bagi kontrak baru adalah

menyamai bon pelaksanaan bagi kontrak asal (Disember 1994 hingga November

2009). Nilai bon pelaksanaan tersebut adalah tidak munasabah kerana bilangan item

dalam kontrak baru berbanding kontrak lama telah meningkat daripada 395 item

kepada 610 item. Selain itu, harga kontrak baru juga telah meningkat sehingga

184%.

b. Bon Pelaksanaan bagi tempoh 1 Disember 2009 hingga 31 Mei 2010 dan 1 Januari

2011 hingga 13 Februari 2011 tidak dikemukakan oleh syarikat kepada

Kementerian. Manakala Bon Pelaksanaan bagi tempoh 1 Jun 2010 hingga

31 Disember 2010 telah dikeluarkan pada 9 Jun 2010 iaitu lewat selama 8 hari.

Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 37.4

PERLANJUTAN TEMPOH SAHLAKU BON PELAKSANAAN APPL

BAGI TEMPOH DISEMBER 2009 HINGGA NOVEMBER 2012

NILAI

BON PELAKSANAAN

TEMPOH DILIPUTI

(RM Juta)

Tiada Maklumat - 01.12.2009 - 31.05.2010

Bank Islam No. 08136101213 Dan 08136101215 45.00 01.06.2010 - 31.12.2010

Tiada Maklumat - 01.01.2011 - 13.02.2011

Bank Islam No. 08136110070 45.00 14.02.2011 - 30.11.2012

c. Sahlaku Bon Pelaksanaan bagi perjanjian konsesi baru hanya meliputi tempoh

antara 14 Februari 2011 hingga 30 November 2012. Tempoh tersebut sepatutnya

berterusan mulai 14 Februari 2011 sehingga setahun selepas tempoh kontrak tamat

iaitu 30 November 2020.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Memandangkan tiada garis panduan mengenai Bon Pelaksanaan bagi perjanjian

konsesi, maka asas pengiraan mengenainya telah dimuktamadkan oleh pihak Unit

Kerjasama Awam-Swasta. Pengiraan Bon Pelaksanaan mengambil kira unjuran

10% daripada jumlah jualan tahunan 2010 sebelum 5% dikenakan daripada nilai

kontrak terkini. Selain itu Kementerian telah mengeluarkan surat pada 2 Mac 2012,

meminta supaya Syarikat Pharmaniaga mengemukakan Bon Pelaksanaan baru

bermula 16 Mac 2011 hingga 30 November 2020.

604 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!