10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Bukit Bendera. Bagaimanapun sehingga kini tindakan pelupusan belum dibuat seperti mana

yang telah diputuskan. Semakan selanjutnya mendapati perkara berikut:

31.5.4.1. Aset Di Stor JKR Sungai Pinang

Berdasarkan lawatan fizikal susulan oleh pihak Audit pada bulan Disember 2011,

beberapa kelemahan berhubung pengurusan aset terpakai diperhatikan seperti berikut:

a. JKR tidak menyelenggarakan daftar aset yang lengkap; kemas kini dan terperinci

mengenai jenis dan kuantiti aset; penempatan aset serta status semasa aset

terpakai. Borang Penerimaan berkenaan aset yang diterima daripada kontraktor

serta rekod mengenai aset tersebut juga tidak difailkan dengan teratur. Selain itu,

pihak Audit tidak dapat mengesahkan aset yang disimpan di JKR secara fizikal

memandangkan terdapat perbezaan antara senarai yang disediakan oleh kontraktor

dan JKR khususnya berkenaan perincian/spesifikasi; kuantiti dan nilai aset.

b. Lokasi penyimpanan aset adalah di tempat yang terbuka, di mana ia hanya

ditempatkan dalam kawasan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR yang

berpagar dengan pagar jenis chain-link sahaja. Lokasi tersebut telah dicerobohi

sebanyak 5 kali sejak 20 November 2010 hingga semakan dibuat dan terdapat aset

yang telah hilang/dipercayai telah dicuri. Sungguhpun laporan polis mengenainya

telah dibuat, namun kuantiti dan nilai aset yang hilang tidak dapat ditentukan.

Berdasarkan laporan tersebut, berlaku pencerobohan di kawasan sekeliling

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR di mana terdapat kesan pagar yang

dipotong. Jenis aset terpakai yang dicuri pula ialah kabel, aluminium dan rel lama.

Lanjutan daripada pencerobohan tersebut, JKR memaklumkan telah membina

tembok batu di sekeliling kawasan JKR mulai bulan November 2011. Semasa

lawatan Audit dibuat, sebahagian besar aset terpakai juga didapati telah dipindahkan

ke kawasan junk yard sementara tembok batu disiapkan sepenuhnya. Pihak Audit

juga dimaklumkan terdapat 3 orang pengawal keselamatan ditugaskan untuk

membuat rondaan mulai bulan November 2011.

31.5.4.2. Aset Di Stesen Bawah Bukit Bendera

Berdasarkan lawatan fizikal susulan oleh pihak Audit pada bulan Julai 2011, adalah

didapati aset disimpan di tempat yang kurang sesuai di mana ia ditempatkan

berhampiran jalan keluar masuk yang tidak berpagar serta boleh dibolosi oleh

kenderaan ringan (Gambar 31.35). Peralatan tersebut juga disimpan di tempat yang

tidak berbumbung (Gambar 31.36). Selain itu, pengesahan terhadap aset fizikal sukar

dijalankan memandangkan PHC tidak menyelenggarakan daftar aset yang lengkap;

kemas kini dan terperinci mengenai jenis dan kuantiti aset; penempatan aset serta status

semasa aset yang berkenaan.

GAMBAR 31.35 GAMBAR 31.36

Kawasan Platform Di Stesen Bawah

- Rel Besi Kereta Api Lama Diletakkan Di kawasan Yang Tidak Berpagar Dan Berbumbung

(07.07.2011)

480 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!