10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

perkhidmatan selama 5 tahun mulai 26 Disember 2008 hingga 25 Disember 2013.

Bagaimanapun, Syarikat GPB diluluskan permohonan penangguhan kuatkuasa

kontrak daripada bulan Disember 2008 kepada bulan Disember 2009. Syarikat GPB

perlu menyediakan 5 buah bas berkapasiti 46 penumpang ke setiap kem PLKN

dengan bayaran sewa bulanan sejumlah RM17,014 bagi sebuah bas atau 8 buah

bas berkapasiti 25 penumpang dengan bayaran sewa bulanan berjumlah RM10,634

bagi sebuah bas. Bas perlu ditempatkan di dalam kem kecuali bagi kem yang tidak

mempunyai ruang untuk menempatkan bas tersebut.

Semakan Audit mendapati perkhidmatan bas tersebut tidak dioptimumkan

penggunaannya. Analisis Audit mendapati purata penggunaan bulanan bas adalah

hanya antara 2 hingga 15 kali bagi tahun 2010 dan antara satu hingga 18 kali bagi

tahun 2011 seperti ditunjukkan di Jadual 49.7. Oleh yang demikian, bayaran

bulanan berjumlah RM17,014 bagi sebuah bas atau RM85,072 bagi setiap kem

pada tahun 2010 dan 2011 tidak setimpal dengan bilangan penggunaannya.

Perbandingan telah dibuat antara kontrak penyewaan bas bagi tahun 2009 dengan

penyewaan bas bagi tahun 2010 dan 2011 dan mendapati pembayaran

perkhidmatan bas pada tahun 2009 lebih menguntungkan kerana pembayaran

hanya dibuat terhadap bilangan perkhidmatan yang telah dilaksanakan. Bagi tahun

2009, hanya sejumlah RM1.35 juta perlu dibayar oleh JLKN bagi perkhidmatan bas

di 7 kem yang dilawati. Manakala bagi tahun 2010 dan 2011, JLKN perlu membayar

sejumlah RM5.36 juta setiap tahun bagi perkhidmatan yang disediakan.

Perbandingan bayaran keseluruhan bagi kem yang dilawati adalah seperti di

Jadual 49.8.

JADUAL 49.7

PURATA PENGGUNAAN BAS SEBULAN BAGI TEMPOH TAHUN 2009 HINGGA 2011

TAHUN

KEM PLKN

(Kali)

2009 2010 2011

Paya Indah 9 - 54 TM TM

Princess Haliza 10 - 28 2 - 15 1 - 13

Seri Perkasa 9 - 32 3 - 11 5 - 18

Cahaya Gemilang 5 - 58 TM TM

Nota: TM - Tiada Maklumat Kerana Buku Log Kenderaan Tidak Dikemukakan

JADUAL 49.8

PEMBAYARAN PERKHIDMATAN BAS 7 KEM DILAWATI BAGI TEMPOH TAHUN 2009 HINGGA 2011

AMAUN (RM)

TAHUN PAYA

INDAH

PRINCESS

HALIZA

WHITE

RESORT

KK DI

BAWAH

BAYU

SERI

PERKASA

CAHAYA

GEMILANG

BUKIT

SABAN

JUMLAH

(RM)

2009 180,495 194,875 184,500 333,434 116,304 184,419 154,630 1,348,657

2010 765,644 765,644 765,644 765,644 765,644 765,644 765,644 5,359,508

2011 765,644 765,644 765,644 765,644 765,644 765,644 765,644 5,359,508

JUMLAH 12,067,673

Maklum Balas Jabatan Latihan Khidmat Negara Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

Kontrak perkhidmatan bas diperlukan bagi memudahkan Jabatan membuat

perancangan perjalanan dan pengurusan menjadi lebih sistematik. Berdasarkan

pengalaman kontrak terdahulu, terdapat terlalu banyak pergerakan dibuat secara

luar kontrak dan sering kali berlaku kelewatan bas melapor disebabkan kegagalan

pembekal yang secara langsung akan memberi imej negatif ke atas JKLN.

Terdapat juga bas yang dibekalkan tidak selamat dan melebihi tempoh hayat yang

ditetapkan.

786 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!