10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

45.5.6.1. Perjawatan Cawangan Konservasi

Struktur organisasi JWN yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

merangkumi 4 bahagian iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pendaftaran

dan Penguatkuasaan, Bahagian Konservasi dan Bahagian Penyelidikan dan

Pengesahan. Bahagian Konservasi yang mempunyai 3 cawangan telah diluluskan

perjawatan seramai 37 orang. Bagaimanapun, struktur ini tidak dikuatkuasakan.

Sebaliknya JWN telah berfungsi secara pentadbiran di mana hanya 9 jawatan

ditempatkan di Cawangan Konservasi. Bagaimanapun, justifikasi perubahan struktur ini

tidak dikemukakan dan tidak dimaklumkan kepada JPA.

45.5.6.2. Latihan Berkaitan Konservasi

Latihan yang sesuai dan mencukupi hendaklah dirancang untuk pegawai dan kakitangan

yang terlibat dengan pengurusan Program PPTS. Rancangan program

latihan/kursus/seminar mengenai pengurusan pemuliharaan dan pemugaran bagi

tempoh tahun 2006 hingga 2010 tidak dapat dikemukakan untuk semakan Audit. Analisis

Audit terhadap program latihan serta kursus yang dilaksanakan bagi tahun 2006 hingga

2008 mendapati tiada latihan berkaitan dengan tajuk pemuliharaan warisan telah

dilaksanakan. Bagaimanapun dalam tahun 2009 dan 2010, JWN telah menganjurkan

8 kursus melibatkan 170 peserta mengenai program pemuliharaan dan pemugaran.

Maklum Balas Jabatan Warisan Negara Yang Diterima Pada 14 Jun 2012

Kertas Cadangan Penyusunan Semula Perjawatan akan dikemukakan kepada

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian.

Pada pendapat Audit, JWN hendaklah memastikan penyusunan yang akan

dilaksanakan mengambil kira kepentingan dan fungsi Cawangan Konservasi dalam

tanggungjawab memelihara warisan sejarah. Selain itu, JWN hendaklah memastikan

latihan yang sesuai dan mencukupi diberi kepada pegawai JWN yang terlibat dalam

pelaksanaan kerja konservasi.

45.5.7. Prosedur Tetap Dan Proses Kerja

Prosedur kerja yang lengkap dan kemas kini adalah penting bagi memastikan semua kerja

konservasi dapat dilaksanakan dengan teratur dan cekap. Pihak Audit difahamkan JWN

telah menerima pakai standard International Council of Monument and Sites (ICOMOS) iaitu

salah satu pertubuhan pemuliharaan antarabangsa di bawah United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) yang menyediakan piagam mengandungi

piawaian dan garis panduan tentang pemuliharaan. Selain itu, JWN juga mengamalkan

piawaian dan garis panduan Piagam Burra, Australia. Semakan Audit mendapati perkara

seperti berikut:

45.5.7.1. Undang-undang, Peraturan Dan Manual Prosedur Kerja

Manual Prosedur Kerja (MPK) telah disediakan bagi rujukan dalam pengurusan Program

PPTS dan merangkumi proses kerja pengurusan pemuliharaan warisan. Bagaimanapun,

semakan Audit mendapati MPK tersebut tidak diluluskan dan tiada surat arahan terima

pakainya secara rasmi oleh Ketua Pengarah Warisan. Selain itu, MPK tersebut juga

didapati tidak menerapkan kehendak ICOMOS dan Piagam Burra seperti tidak

menyentuh mengenai keperluan menyenggara bangunan berkepentingan budaya

secara berterusan dan mendokumentasikan maklumat mengenai kerja pemuliharaan.

JWN juga telah mengguna pakai satu garis panduan bertajuk Garis Panduan

Pemuliharaan Bangunan Dan Garis Panduan Umum Tapak Warisan secara tidak rasmi

sejak bulan November 2009 menyebabkan amalan kerja pemuliharaan yang tidak

seragam.

733 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!