10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

50.5.4. Penggunaan Kemudahan Yang Siap Dibina

Kontrak menetapkan bahawa reka bentuk, binaan dan penyenggaraan hendaklah mengikut

keperluan Kerajaan dan dibuat/bina dengan kepuasan yang optimum, berfungsi dengan

baik, selamat, sesuai, kuat dan mudah untuk menjalankan kerja penyenggaraan. Lawatan

Audit menemui beberapa kemudahan yang disediakan tidak menepati keperluan seperti

berikut:

50.5.4.1. Penggunaan Ruang Yang Tidak Sesuai

a. Lokap merupakan satu ruang yang disediakan bagi menempatkan pesalah yang

telah ditahan secara sementara sebelum tindakan undang-undang diambil. Bagi

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), lokap diperlukan bagi menahan suspek kes

penyalahgunaan dadah. Pemeriksaan Audit mendapati lokap yang disediakan tidak

termasuk dalam skop pembinaan asal Kompleks tetapi telah dipohon melalui Arahan

Perubahan Kerja. Bagaimanapun, lawatan Audit mendapati lokap yang disediakan

telah dijadikan tempat penyimpanan stok alat tulis dan bekalan pejabat seperti

ditunjukkan dalam gambar berikut:

GAMBAR 50.13

Agensi Antidadah Kebangsaan

- Stok Alatulis Dan Bekalan Pejabat Disimpan

Di Dalam Lokap Yang Disediakan

(09.11.2011)

b. Perenggan 58 Arahan Keselamatan antaranya menyatakan dokumen terperingkat

Rahsia Besar merupakan dokumen yang perlu disimpan di dalam bilik kebal atau

peti besi yang sepatutnya dipasang dengan kunci tatakira. Manakala Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 antaranya menetapkan Jabatan yang berurusan

dengan rekod penting hendaklah mengadakan bilik simpanan rekod yang tahan api

(bilik kebal) atau lain-lain cara penyimpanan rekod supaya apabila berlaku

kebakaran, rekod berkenaan tidak akan terhapus. Bagaimanapun, lawatan Audit ke

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

mendapati bilik kebal yang disediakan tidak digunakan mengikut fungsi bilik

berkenaan. Sebaliknya, bilik tersebut telah digunakan untuk menyimpan perabot

lama, peralatan pembersihan dan bekalan pejabat seperti ditunjukkan dalam gambar

berikut:

GAMBAR 50.14 GAMBAR 50.15

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

-Kelengkapan Dan Perabot Disimpan

Di Dalam Bilik Kebal

(09.12.2011)

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

- Bekalan Pejabat Disimpan Di Dalam Bilik Kebal

(06.12.2011)

802 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!