10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

50.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pembinaan dan pengurusan Kompleks telah

dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang

ditetapkan.

50.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap

projek pembinaan dan pengurusan Kompleks KDN Johor. Pengauditan telah dijalankan di

Bahagian Pembangunan dan Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Aset, KDN serta Unit

Pengurusan Kompleks, Kompleks KDN Johor.

50.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Semakan telah dibuat terhadap fail, rekod dan dokumen; pemeriksaan fizikal terhadap bangunan

untuk menentukan sama ada pembinaan dan pengurusan Kompleks adalah memuaskan; dan

soal selidik untuk menilai tahap kepuasan orang awam/pegawai/kakitangan terhadap

kemudahan pejabat serta kuarters yang disediakan juga telah diedarkan.

50.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2011 hingga Januari 2012 mendapati pada

keseluruhannya pengurusan pembinaan Kompleks adalah memuaskan dan mencapai objektif

pembinaannya. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan dan

pengurusan Kompleks seperti berikut:

i. kelemahan dalam pengurusan pembinaan seperti kelewatan penyerahan lanjutan Bon

Pelaksanaan dan pengurusan Wang Peruntukan Sementara;

ii. kerja binaan/pembekalan peralatan dan kelengkapan tidak sempurna atau tidak

berkualiti;

iii. kemudahan yang disediakan tidak sesuai; dan

iv. kelemahan dalam pengurusan Kompleks seperti program penyenggaraan tidak

disediakan serta latihan ambil alih Kompleks dihadiri oleh pegawai dan anggota

Kompleks yang tidak berpengalaman.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui serta maklum balas daripada KDN adalah

seperti di perenggan berikut:

50.5.1. Prestasi Projek

50.5.1.1. Pencapaian Fizikal

Mengikut kontrak tempoh penyiapan Kompleks ini adalah selama 144 minggu iaitu

bermula 1 November 2007 hingga 5 Ogos 2010. Semakan Audit mendapati projek ini

telah diluluskan lanjutan masa selama 225 hari sehingga 18 Mac 2011. Ini adalah

disebabkan penangguhan sementara kelulusan Kebenaran Merancang Dan Kelulusan

Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Semakan Audit selanjutnya mendapati projek telah berjaya disiapkan dalam tempoh

lanjutan masa dan Sijil Siap Praktikal (CPC) telah dikeluarkan pada 18 Mac 2011.

50.5.1.2. Pencapaian Kewangan

a. Nilai kontrak asal projek ini adalah berjumlah RM190.43 juta. Bagaimanapun,

terdapat 6 Arahan Perubahan Kerja bernilai RM3.92 juta diluluskan seperti di

Jadual 50.2. Setelah pelarasan harga kontrak dibuat, jumlah keseluruhan kos projek

794 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!