10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

15.5.4. Pengurusan Subsidi

15.5.4.1. Tiada Garis Panduan Yang Jelas dan Komprehensif

a. Garis panduan yang jelas dan komprehensif perlu disediakan bagi memastikan

program yang hendak dilaksanakan adalah menyeluruh, sistematik dan berkesan

bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Kementerian telah mengeluarkan Garis

Panduan Pelaksanaan Pengedaran Program Beras Subsidi Oleh Pemborong.

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati garis panduan tersebut tidak

memperincikan proses pemilihan pemborong.

b. Bagi memastikan proses pemilihan dibuat dengan telus dan mengambil kira

keupayaan pemborong seperti pemilikan peralatan yang lengkap dan kemudahan

yang mencukupi satu jawatankuasa perlulah diwujudkan. Semakan Audit

selanjutnya terhadap rekod dan fail di Seksyen KPB mendapati satu surat jemputan

mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pemborong Yang Menyertai Program Beras

Subsidi telah dikeluarkan pada 22 April 2009. Bagaimanapun, tiada bukti secara

bertulis bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pemborong ada diwujudkan untuk proses

pemilihan pemborong berkenaan.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Program Beras Subsidi telah

ditubuhkan pada bulan Januari 2012 dan bidang tugas jawatankuasa meliputi

penetapan kuota bulanan tidak termasuk kuota khas; mempertimbangkan rayuan

bagi pemborong yang diambil tindakan; pemilihan pemborong baru untuk

diagihkan kuota; menahan/menggugur/mengurang dan menambah kuota serta

memutuskan tindakan kepada pemborong yang melakukan kesalahan; memberi

pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan program subsidi beras; serta

hal-hal lain yang berkaitan dengan program subsidi beras. Garis panduan

pelaksanaan beras subsidi yang jelas dan komprehensif akan disediakan selewatlewatnya

bulan Ogos 2012.

15.5.5. Pengurusan Stor Dan Stok Beras

Lawatan Audit telah dibuat ke 4 negeri iaitu Kedah, Perak, Sarawak dan Selangor untuk

melihat pelaksanaan program subsidi beras ini. Sebanyak 15 pengilang, 31 pemborong,

5 peruncit dan 4 pejabat BERNAS negeri telah dilawati. Pemeriksaan Audit mendapati

beberapa kelemahan seperti berikut:

15.5.5.1. Akaun Harian Stok Tidak Dikemukakan/Tidak Dikemas Kini

Mengikut Akta Kawalan Padi Dan Beras 1994 dan Peraturan Kawalan Padi Dan Beras,

seseorang pemegang lesen borong hendaklah menyelenggara satu akaun harian

berkenaan dengan semua beras yang dibeli, beras didapati daripada pengilang, jumlah

penjualan dan stok dalam tangan. Akaun itu hendaklah diserahkan jika diminta untuk

diperiksa oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Kementerian di premis

perniagaan tersebut. Semakan Audit mendapati 4 pemborong tidak mengemukakan

akaun harian stok dan seorang pemborong tidak mengemaskinikannya.

Maklum Balas Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Siasatan telah dibuat dan mendapati pemborong telah menyediakan dan

mengemas kini buku stok pelesen. Surat peringatan kepada pemborong

201 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!