10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

8.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan merangkumi pengurusan aktiviti audit meja bagi pembayar cukai tidak

bermastautin untuk tahun 2010 dan 2011. Semakan Audit dijalankan terhadap 122 fail pembayar

cukai yang melibatkan 200 kes audit meja yang diselesaikan pada tahun 2010 hingga bulan Jun

2011 di Cawangan Tidak Bermastautin LHDNM. Pembahagian untuk pengauditan kes bagi

setiap kategori adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 8.2

PEMBAHAGIAN FAIL DAN KES UNTUK PENGAUDITAN

KATEGORI FAIL BIL. FAIL PEMBAYAR CUKAI BIL. KES

OG 58 101

SG 41 53

C 23 46

JUMLAH 122 200

8.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Metodologi pengauditan meliputi semakan fail, rekod dan dokumen berkaitan taksiran dan

pungutan. Selain itu, temu bual dengan pegawai LHDNM yang terlibat dengan pengurusan audit

meja dan pungutan juga diadakan.

8.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2011 mendapati secara

keseluruhannya pengurusan aktiviti audit meja di Cawangan Tidak Bermastautin adalah

memuaskan di mana prestasinya telah meningkat daripada ketidakcapaian sasaran pada tahun

2010 kepada pencapaian melebihi sasaran pada tahun 2011. Bagaimanapun daripada aspek

pelaksanaan aktivitinya, terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

i. berlaku kelewatan dalam pendaftaran kes;

ii. kelemahan pungutan cukai mengakibatkan berlaku tunggakan cukai berjumlah

RM3.36 juta di antara satu hingga 132 bulan;

iii. kenaikan cukai tidak atau terkurang dikenakan; dan

iv. arahan mengeluarkan perintah halangan ke luar negara dan tindakan guaman sivil tidak

diambil terhadap pembayar cukai yang mempunyai tunggakan cukai yang melebihi had

yang ditetapkan.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui serta maklum balas LHDNM adalah seperti di

perenggan berikut:

8.5.1. Prestasi Aktiviti Audit Meja

8.5.1.1. Pencapaian KPI Cawangan Tidak Bermastautin

LHDNM menetapkan Key Performance Indicator (KPI) audit meja bagi tahun 2010 dan

2011 berdasarkan kepada bilangan pegawai yang diisi, peratus tumpuan masa dan

norma kerja setahun. Adalah didapati pencapaian KPI tidak menepati sasaran yang

ditetapkan untuk tahun 2010 di mana peratus pencapaian fail kategori syarikat, individu

OG dan SG hanya sebanyak 51.5%, 63.7% dan 41.2% masing-masingnya.

Bagaimanapun, sasaran KPI dapat dicapai pada tahun 2011 dengan peratusan

penyelesaian fail kategori syarikat sebanyak 109.5%, fail kategori individu OG sebanyak

104.8% dan SG sebanyak 100.9%. Pencapaian KPI bagi 2 tahun tersebut adalah seperti

di jadual berikut:

93 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!