10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

pembinaannya. Namun begitu, terdapat kelemahan di peringkat perancangan, pelaksanaan dan

pemantauan seperti berikut:

i. projek ini telah mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan daripada

tempoh projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 12 Ogos 2002 sehingga ke

tarikh sebenar pemilikan tapak projek Fasa I iaitu pada 17 Januari 2005;

ii. projek lewat disiapkan dari tarikh asal projek sepatutnya siap di mana 2 lanjutan masa

selama 299 hari telah diluluskan (Fasa I) dan 3 lanjutan masa selama 528 hari telah

diluluskan (Fasa II);

iii. terdapat reka bentuk/spesifikasi yang tidak sesuai serta terdapat kerja pembinaan yang

tidak memuaskan/tidak siap; dan

iv. Kementerian tidak merancang dan menyediakan kontrak perkhidmatan pembersihan

bagi kawasan pembinaan setelah projek diserahkan kepada pengguna.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas pihak terlibat adalah seperti

di perenggan berikut:

53.5.1. Prestasi Pembinaan

53.5.1.1. Pencapaian Fizikal Projek Pembinaan

a. Projek Lewat Dimulakan

i. Kementerian Kewangan telah meluluskan perolehan projek ini secara rundingan

terus pada 12 Ogos 2002. Bagi Fasa I, harga yang dipersetujui hasil daripada

rundingan yang diadakan telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan

pada 25 Januari 2003 untuk dimuktamadkan, namun kelulusan hanya diberikan

pada 16 Julai 2004. Pada 27 Julai 2004, Surat Setuju Terima (SST) telah

dikeluarkan kepada Kontraktor dengan tarikh pemilikan tapak ditetapkan pada

14 Ogos 2004. Selanjutnya, semakan Audit mendapati Kementerian telah

mengeluarkan Notis Kelewatan Pemilikan Tapak Bina pada 24 September 2004

yang menyatakan tarikh pemilikan tapak yang baru adalah pada 15 November

2004. Ini bermakna tempoh kontrak selama 46 minggu akan bermula dari 15

November 2004 hingga 2 Oktober 2005. Kelewatan pemilikan tapak bina ini

adalah disebabkan kelulusan daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar

(JPAS) dan Jabatan Perancangan yang masih belum diperolehi. Semakan Audit

selanjutnya terhadap ‘Dokumen Penyerahan/Pengambilalihan Projek Siap Bagi

Fasa I’ yang disediakan oleh Kementerian menunjukkan bahawa tarikh milik

tapak sebenar adalah pada 17 Januari 2005. Ini berikutan kelulusan terhadap

Laporan Penilaian Kesan-kesan Alam Sekitar (EIA Report) oleh JPAS hanya

diperolehi pada 17 Januari 2005. Keadaan ini telah menghalang pemilikan tapak

lebih awal oleh Kontraktor.

ii. Berdasarkan kepada kronologi pelaksanaan projek menunjukkan bahawa projek

ini telah mengambil masa selama 2 tahun 5 bulan untuk dimulakan dari tempoh

projek diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara

rundingan terus pada 12 Ogos 2002 sehingga ke tarikh sebenar pemilikan tapak

projek Fasa I iaitu pada 17 Januari 2005.

Maklum Balas Kementerian Dalam Negeri Yang Diterima Pada 25 Mei 2012

Mengikut maklum balas Kementerian, tempoh masa yang diambil adalah

berpatutan berdasarkan faktor mendapatkan kelulusan daripada agensi berkaitan

serta pematuhan kepada syarat yang ditetapkan.

863 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!