10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

44.5.4.3. Kerja Yang Tidak Seragam

Lawatan Audit di ADTEC Taiping, Kemaman, Jerantut dan Bintulu mendapati spesifikasi

bagi beberapa kerja adalah berbeza antara satu ADTEC dengan ADTEC yang lain.

Adalah didapati ukuran keluasan Bilik Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan,

Ketua Bahagian di ADTEC Taiping, Kemaman, Jerantut dan Bintulu berbeza walaupun

dengan gred jawatan yang sama. Selain itu, didapati juga keluasan bilik kuliah di setiap

bengkel di ADTEC tersebut tidak seragam di mana keluasan sebenar adalah antara

28.88 meter persegi hingga ke 80 meter persegi walaupun kapasiti setiap bilik kuliah

adalah sama iaitu bagi menempatkan 30 pelajar. Butiran lanjut seperti di jadual dan

gambar berikut:

JADUAL 44.11

PERBANDINGAN SAIZ UKURAN BILIK

ADTEC

LOKASI

TAIPING KEMAMAN JERANTUT BINTULU

(M²)

(M²)

(M²)

(M²)

Bilik Pengarah (J54) 36.7 48 33.7 33.2

Bilik Timbalan Pengarah 1 (J52) 28 36 29.1 23.1

Bilik Timbalan Pengarah 2 (J48) 24 36 TB 21.3

Bilik Ketua Jabatan (J44/48) 24 - 51.84 12 - 48 20 - 30.23 14.40 - 21

Bilik Ketua Bahagian(J41/44) 20 - 32 9 - 64 21 - 33.3 14.40 - 19.38

Bilik Kuliah 56 - 72 30 - 64 45.65 - 80 28.88 - 70

Nota: M² - Meter Persegi

GAMBAR 44.45

ADTEC Bintulu, Sarawak

- Bilik Kuliah 1 Dan 2, Bengkel Teknologi Automotif

Sempit Dan Kurang Selesa Kerana

Hanya Berukuran 28.88 Meter Persegi Untuk Menampung

Seramai 30 Orang Pelajar

(28.06.2011)

Maklum Balas Kementerian Sumber Manusia Yang Diterima Pada 22 Mei 2012

Faktor penentu dalam proses reka bentuk adalah keluasan keseluruhan bangunan

(Gross Floor Area). Keluasan bilik kuliah adalah berasaskan ringkasan projek

yang mengikut norma keluasan EPU iaitu 0.95 m.p. seorang.

44.5.4.4. Kelewatan Tindakan Pembaikan

Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan, pihak pengguna hendaklah menjalankan

pemeriksaan terhadap kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi mengenal pasti

ketidaksempurnaan, kecacatan dan kerja yang tidak mengikut spesifikasi seperti dalam

kontrak. Segala aduan yang dibuat perlu diambil tindakan pembaikan oleh kontraktor

dalam tempoh yang ditetapkan. Lawatan Audit di ADTEC Kemaman, Terengganu

mendapati berlaku runtuhan cerun di 9 lokasi sekitar ADTEC Kemaman sejak bulan

November 2010. Bagaimanapun, sehingga tarikh lawatan Audit iaitu pada bulan Julai

2011, tindakan pembaikan masih belum dilaksanakan lagi. Keadaan cerun yang runtuh

adalah seperti di gambar berikut:

722 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!