10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

dalam simpanan di stor BPPA. Manakala mengikut pihak sekolah, dokumen kontrak

tidak dapat dikemukakan kerana mereka tidak menerima sesalinan kontrak BMB yang

sedang berkuat kuasa.

Maklum Balas Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Diterima Pada 12 Jun 2012

Satu kajian menyeluruh sedang dibuat dalam mengenal pasti kelemahan dan

cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan segera bagi tujuan

memantapkan keseluruhan pengurusan tender/pentadbiran kontrak di

Kementerian.

Pada pendapat Audit, tahap integriti terhadap kawalan proses kemasukan dan

penyimpanan data petender dalam format komputer dan penyimpanan dokumen

kontrak di peringkat Kementerian/JPN dan sekolah adalah kurang memuaskan.

Kementerian disarankan mempertingkatkan lagi sistem dan kawalan terhadap proses

kemasukan data petender dan menyemak kedudukan kewangan syarikat dengan SSM

serta memperkemaskan penyimpanan dokumen kontraknya.

36.5.3. Syarat Kontrak Tidak Dipatuhi

Kontraktor hendaklah melaksanakan perkhidmatan BMB mengikut syarat kontrak yang

ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap kontrak, Kerajaan

boleh mengambil tindakan seperti menolak perkhidmatan, menamatkan perjanjian dan

melantik pihak lain, mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang

dalam Bon Pelaksanaan dan mengenakan denda pada kadar 20% daripada harga sajian

sehari dan bilangan murid pada waktu sajian berdasarkan borang pesanan. Hasil semakan

Audit mendapati perkara seperti berikut:

36.5.3.1. Spesifikasi Bahan Makanan Tidak Dipatuhi

Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan makanan seperti bahan

mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti, halal, tidak luput tarikh guna,

mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk kepada akta makanan yang sedang berkuat

kuasa. Semakan Audit mendapati sebahagian daripada syarat kontrak ini tidak dipatuhi

oleh kontraktor seperti butiran berikut:

a. Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh Pihak Berkuasa

manakala ikan hendaklah berada dalam keadaan segar. Semasa lawatan Audit,

didapati kontraktor yang melaksanakan perkhidmatan BMB di 10 sekolah telah

menggunakan bahan mentah seperti daging kerbau yang diimport dan ikan sejuk

beku yang tidak segar untuk hidangan kepada murid sama ada untuk hidangan pada

hari sebelumnya; pada hari lawatan Audit atau hari selepasnya. Mengikut kontraktor,

mereka menggunakan daging kerbau dan ikan yang sejuk beku yang tidak segar

kerana kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak

untuk hidangan kepada murid. Di samping itu, didapati Penyelia Asrama mengambil

ringan ketidakpatuhan kontraktor membekalkan bahan mentah yang tidak mematuhi

spesifikasi. Butirannya adalah seperti di jadual dan gambar berikut:

JADUAL 36.4

BEKALAN DAGING KERBAU DAN IKAN YANG TIDAK SEGAR

SEKOLAH KONTRAKTOR DAGING IKAN

Sekolah Sultan Alam Shah Azli Enterprise

Sejuk Beku

SM Teknik Kuala Lumpur Syarikat Helwangi Sdn. Bhd. -

Sejuk Beku

SM Teknik ERT Setapak Jasamaju Enterprise Sejuk Beku

579 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!