10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

RM36.87 juta bagi pembinaan bangunan TMC, namun pemilikan bangunan tersebut

dari segi perundangan adalah atas nama TPM.

Maklum Balas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

Kelewatan memuktamadkan Perjanjian Pajakan Kecil tersebut disebabkan oleh

ketiadaan perjanjian pajakan antara PTP dan TPM selaras dengan peruntukan

Kanun Tanah Negara 1965. Selain dari itu, perjanjian antara DBKL dengan TPM

mengambil masa sehingga 6 bulan untuk dimuktamadkan khususnya berhubung

terma pembayaran sebanyak RM8.49 juta.

c. Semakan Audit selanjutnya terhadap surat TPM kepada JKPTG bertarikh 23 Mac

2012 mendapati lanjutan tempoh pajakan kepada tambahan 59 tahun berikutnya

tidak dapat dibuat. Ini disebabkan TPM belum mendaftarkan pajakan dan pajakan

kecil memandangkan pelan pembahagian tanah (parcel land) di atas lot tanah

tersebut belum dimuktamadkan.

Pada pendapat Audit, urusan pajakan tanah TMC yang tidak teratur menyebabkan

Kerajaan terpaksa menanggung sejumlah RM8.49 juta bagi bayaran pajakan

kepada TPM dalam tempoh 30 tahun berbanding hanya membayar nilai nominal

RM10 kepada PTP bagi pajakan selama 99 tahun. Selain itu, bangunan tersebut

juga tidak dimiliki oleh DBKL sungguhpun Kerajaan telah membelanjakan

RM36.87 juta untuk pembinaan bangunan tersebut.

32.5.5.2. DBKL telah menanggung perbelanjaan terhadap kos penyenggaraan

berjumlah RM1.11 juta bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 seperti di Jadual 32.10.

Namun didapati sebahagian ruang bangunan TMC masih tidak digunakan sepenuhnya.

Sebagai contoh, perpustakaan masih belum digunakan sebagai pusat sumber dan

kafeteria masih belum beroperasi memandangkan tiada penyewa. Gambar 32.15 dan

32.16 menunjukkan antara ruang bangunan TMC yang luas, kosong dan tidak

digunakan.

JADUAL 32.10

KOS PENYENGGARAAN TMC BAGI TEMPOH TAHUN 2009 HINGGA 2011

KOS PENYENGGARAAN

TAHUN

(RM)

2009 427,004

2010 314,979

2011 366,445

JUMLAH 1,108,428

GAMBAR 32.15 GAMBAR 32.16

Traffic Management Centre

- Bilik Perpustakaan Yang Tidak Digunakan

(31.10.2011)

Traffic Management Centre

- Ruang Kafeteria Yang Tidak Digunakan

(31.10.2011)

496 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!