10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

8. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

- PENGURUSAN AKTIVITI AUDIT MEJA DI CAWANGAN TIDAK BERMASTAUTIN

8.1. LATAR BELAKANG

8.1.1. Mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, secara amnya individu tidak

bermastautin ialah mereka yang berada kurang daripada 182 hari di Malaysia dalam satu

tahun tanpa mengira kerakyatan atau kewarganegaraan. Pengenaan cukai bagi individu

tidak bermastautin adalah berdasarkan pendapatan yang diperoleh atau diterima di

Malaysia. Kadar cukai yang dikenakan terhadap individu tidak bermastautin adalah

sebanyak 26 peratus mulai tahun taksiran 2010 tanpa tolakan pelepasan dan rebat cukai.

Syarikat tidak bermastautin pula akan dikenakan cukai apabila menjalankan perniagaan

melalui pertubuhan tetap di Malaysia dan ditaksir atas pendapatan yang terakru dari

Malaysia dan kadar cukai yang dikenakan adalah sebanyak 25 peratus mulai tahun taksiran

2009.

8.1.2. Sistem Taksir Sendiri (STS) bermula pada tahun taksiran 2001 bagi pembayar cukai

kategori syarikat (C). Manakala STS dikuatkuasakan kepada pembayar cukai kategori

individu berpendapatan perniagaan (OG) dan individu berpendapatan penggajian (SG) mulai

tahun taksiran 2004. STS merupakan satu kaedah di mana pembayar cukai diberi

tanggungjawab untuk mengurus cukai pendapatan sendiri iaitu membayar cukai mengikut

skim ansuran cukai, mengisi dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan,

membayar baki cukai atau menuntut balik lebihan bayaran cukai serta menyimpan rekod

untuk semakan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Di bawah STS, audit cukai

melalui audit meja dan audit luar adalah aktiviti utama LHDNM bagi meningkatkan

pematuhan cukai secara sukarela. Pengauditan ini dilaksanakan oleh LHDNM untuk

memastikan pendapatan yang dilaporkan dan dibayar adalah mengikut undang-undang dan

peraturan percukaian.

8.1.3. Cawangan Tidak Bermastautin (LHDNM) terletak di Kuala Lumpur dan fungsinya

adalah untuk menguruskan cukai pendapatan individu dan syarikat yang tidak bermastautin

di Malaysia. Bilangan fail aktif pembayar cukai di Cawangan Tidak Bermastautin bagi

kategori syarikat, individu berpendapatan perniagaan dan individu berpendapatan

penggajian bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 adalah seperti di jadual berikut:

TAHUN

JADUAL 8.1

BILANGAN FAIL AKTIF DI CAWANGAN TIDAK BERMASTAUTIN

BAGI TEMPOH TAHUN 2008 HINGGA 2011

BIL. PEMBAYAR CUKAI MENGIKUT KATEGORI FAIL

SYARIKAT

(C)

INDIVIDU BERPENDAPATAN

PERNIAGAAN

(OG)

PENGGAJIAN

(SG)

JUMLAH

(Fail)

2008 3,076 5,568 28,847 37,491

2009 3,202 6,058 32,070 41,330

2010 3,117 8,368 40,411 51,896

2011 3,158 8,828 47,839 59,825

Sumber: Statistik Jabatan Pematuhan Cukai, LHDNM

8.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan aktiviti audit meja bagi pembayar

cukai tidak bermastautin dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mengikut undang-undang serta

peraturan yang ditetapkan.

92 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!