10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

43.3. SKOP PENGAUDITAN

Skop pengauditan ini meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap

pengurusan program PDU di negeri Sarawak bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 melibatkan

Bahagian Pembangunan Keluarga, Bahagian Kewangan, Bahagian Perolehan di Ibu Pejabat

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan 4 PKB iaitu Kuching, Samarahan, Sibu dan Miri.

43.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak fail, rekod dan dokumen berkaitan dengan

program PDU di negeri Sarawak. Pemeriksaan fizikal bersama pegawai JKNS dan pihak

kontraktor telah dilakukan terhadap 5 buah helikopter di Kuching, Sibu dan Miri. Lawatan Audit

juga dijalankan bersama pasukan PDU ke 3 lokasi di Bahagian Miri. Selain itu, temu bual dan

perbincangan diadakan dengan pegawai yang terlibat dengan pengurusan program PDU dan

pihak kontraktor.

43.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati prestasi

pencapaian program PDU secara keseluruhannya adalah memuaskan memandangkan

objektifnya untuk memberi perkhidmatan kesihatan asas kepada penduduk pedalaman telah

dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti

berikut:

i. bilangan lawatan yang dirancang bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 adalah 4,689

manakala bilangan lawatan yang sebenarnya dilakukan adalah 3,279. Ini menunjukkan

kekurangan 1,410 lawatan berbanding yang dirancang;

ii. promosi kesihatan kurang diberi perhatian di mana tiada jadual disediakan untuk aktiviti

berkenaan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011;

iii. tiada pegawai perubatan yang dikhususkan untuk pasukan PDU, sebaliknya pegawai

perubatan yang dipilih mempunyai tugas hakiki di hospital atau klinik kesihatan. Ini

menyebabkan pegawai perubatan hanya dapat menyertai 262 hari lawatan (14.6%)

daripada 1,794 hari lawatan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011;

iv. pengurusan keselamatan program PDU kurang memuaskan di mana perkara ini tidak

dinyatakan langsung dalam kontrak dan latihan keselamatan dari aspek pendaratan

kecemasan tidak pernah dijalankan;

v. keadaan landing pad yang kurang selamat untuk pendaratan dan pelepasan helikopter;

dan

vi. kemudahan tempat pemeriksaan dan rawatan pesakit yang kurang sesuai/kurang

selesa.

Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yang ditemui serta ulasan Kementerian adalah

seperti di perenggan berikut:

43.5.1. Prestasi Program PDU

43.5.1.1. Pencapaian Kewangan

Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Layang-Layang Aerospace Sdn. Bhd.,

kadar sewa tetap bulanan untuk sebuah helikopter (monthly fixed retained fees per

helicopter) adalah RM240,000 atau RM1.20 juta bagi 5 helikopter. Manakala kadar sewa

tetap tahunan adalah berjumlah RM14.40 juta setahun. Kadar bagi jam penerbangan

(rotor hour) pula ialah RM500 sejam. Pihak kontraktor dikehendaki menyediakan 5 buah

697 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!