10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

GAMBAR 53.6

Di Kawasan Jeti

- Penggunaan Angle Bar Mild Steel

Telah Ditukar Kepada Galvanished Iron

Pada 26.01.2012

(Maklum Balas Perunding Pada 30.01.2012)

Pada pendapat Audit, spesifikasi/skop kerja yang disediakan oleh perunding hendaklah

mengambil kira pandangan pihak Kementerian/PDRM/pengguna bagi memastikan

keselesaan mereka. Ia juga bagi mengelakkan Kerajaan terpaksa menanggung kos

penyenggaraan yang tinggi akibat daripada penyediaan spesifikasi/skop kerja yang tidak

sesuai/tidak praktikal. Dalam masa yang sama, Kementerian/PDRM juga perlu memastikan

spesifikasi/skop kerja dipatuhi sepenuhnya oleh Kontraktor supaya objektif pembinaan

dapat dicapai. Selain itu, tindakan perlu diambil terhadap perunding yang gagal

mengambil kira keperluan tertentu semasa menyediakan reka bentuk bangunan yang

menyebabkan ketidakselesaan dan kesusahan berpanjangan kepada pengguna.

Antaranya dengan menyenaraihitamkan perunding berkenaan dalam mana-mana projek

pembinaan Kerajaan di masa hadapan.

53.5.2.2. Kualiti Kerja Pembinaan Tidak Memuaskan

a. Kerja pembinaan perlu dilaksanakan dengan kemas dan pada tahap piawaian yang

boleh diterima. Apabila projek diserahkan, pihak Kontraktor dan perunding perlu

memastikan bangunan tersebut menepati spesifikasi dan kualiti kerja pembinaan.

Semakan Audit mendapati Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical

Completion) yang menyatakan bahawa kerja telah siap dengan sempurnanya telah

dikeluarkan pada 31 Januari 2011. Bagaimanapun, berdasarkan laporan kecacatan

dan kerosakan (defects) yang disediakan oleh pihak perunding antara 7 Mac hingga

15 April 2011 iaitu beberapa hari sebelum dan selepas tarikh penyerahan projek

pada 16 Mac 2011, pihak Audit mendapati 1,460 masalah kecacatan dan kerosakan

di 9 lokasi pembinaan telah dilaporkan oleh perunding kepada Kontraktor untuk

dibaiki. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 53.6

KECACATAN DAN KEROSAKAN YANG DILAPORKAN

ANTARA 7 MAC HINGGA 15 APRIL 2011

LOKASI PEMBINAAN BILANGAN KECACATAN DAN KEROSAKAN DILAPORKAN

Blok Pentadbiran 215

Dewan Serbaguna (Dalam Bangunan) 48

Dewan Serbaguna (Luar Bangunan) 18

Surau 28

Tadika/PERKEP 19

Bilik Transit 92

Flat A 227

Flat B 335

Flat C 478

JUMLAH 1,460

b. Pada 27 hingga 29 Julai 2011, pihak Audit telah mengadakan lawatan ke tapak

projek untuk meninjau prestasi kerja Kontraktor. Pihak Audit mendapati kecacatan

dan kerosakan yang telah dilaporkan oleh perunding antara 7 Mac hingga 15 April

2011 masih belum diambil tindakan oleh Kontraktor, selain beberapa kerja yang

869 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!