10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

7.3.2. Pengauditan telah dijalankan di Cawangan LHDNM W.P. Kuala

Lumpur/Putrajaya/Selangor; Kota Kinabalu, Sabah; W.P. Labuan; Kuching/Miri/Bintulu,

Sarawak; Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Terengganu; Raub, Pahang; Seremban,

Negeri Sembilan; dan Cawangan Pungutan LHDNM, Jalan Duta. Sebanyak 5,619 borang

PDS 15 termasuk data eSTAMP yang diisytiharkan di Unit Duti Setem oleh pemilik harta dan

2,652 kenderaan yang didaftarkan di JPJ telah diperiksa seperti ditunjukkan dalam jadual

berikut:

CAWANGAN LHDNM

JADUAL 7.1

JUMLAH SAMPEL YANG DIAUDIT

JUMLAH

BORANG PDS 15

DAN eSTAMP

NOMBOR

PENDAFTARAN

KENDERAAN

JUMLAH

SAMPEL

W.P. Kuala Lumpur/W.P. Putrajaya/Selangor 1,220 252 1,472

Kota Kinabalu, Sabah 1,184 500 1,684

W.P. Labuan 400 200 600

Kuching/Miri/Bintulu, Sarawak 499 500 999

Kota Bharu, Kelantan 215 300 515

Kuala Terengganu, Terengganu 800 300 1,100

Raub, Pahang 501 300 801

Seremban, Negeri Sembilan 800 300 1,100

7.4. METODOLOGI PENGAUDITAN

JUMLAH 5,619 2,652 8,271

Semakan telah dibuat terhadap fail, rekod dan dokumen; analisis terhadap data Unit Duti Setem

iaitu data PDS 15 dan juga data eSTAMP serta maklumat pemilikan kenderaan yang diperoleh

daripada pihak JPJ; dan temu bual dengan pegawai LHDNM di semua peringkat yang terlibat

dengan pengurusan audit meja/audit luar juga dilakukan.

7.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2011 hingga Mei 2012 mendapati secara

keseluruhannya pengurusan cukai pendapatan pemilik harta adalah kurang memuaskan. Antara

kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

i. pemilik harta tidak mempunyai fail cukai pendapatan;

ii. maklumat tidak disalurkan ke Profil Pembayar Cukai [Enterprise Taxpayer Profile (ETP)];

iii. tindakan pengesanan tidak dibuat terhadap pemilik harta;

iv. data/maklumat dalaman yang tidak tepat;

v. pemilihan kes pemilik harta untuk tindakan audit meja atau audit luar kurang diberi

perhatian; dan

vi. tindakan sekatan perjalanan dan tindakan guaman sivil tidak dibuat terhadap pemilik

harta yang mempunyai cukai tertunggak.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang diperhatikan dan maklum balas LHDNM adalah seperti

di perenggan berikut:

7.5.1. Pemilik Harta Tidak Mempunyai Fail Cukai Pendapatan

Jadual Arahan Potongan Cukai Berjadual yang dikeluarkan oleh LHDNM menetapkan

jumlah pendapatan yang melayakkan seseorang individu itu mempunyai fail cukai

pendapatan. Semakan Audit terhadap 5,619 maklumat yang diterima oleh LHDNM dan

84 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!