10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

iii. JKR tidak pernah menetapkan had maksimum LAD dan tanggungan liabiliti

kontraktor dalam mana-mana kontrak yang dilaksanakannya. Ini adalah

berdasarkan klausa 45.2 dalam standard kontrak JKR iaitu PWD DB

(Rev.2007).

Maklum Balas Kementerian Pengangkutan Yang Diterima Pada 18 Jun 2012

Keputusan penetapan had tanggungan liabiliti kontraktor ini adalah

menggunakan pendekatan projek Rawang-Ipoh memandangkan kedua-dua

projek mempunyai skop kerja yang sama. Sehubungan itu, kedua-dua pihak iaitu

Kementerian dan kontraktor telah bersetuju dengan syarat tersebut dan telah

memasukkannya dalam Surat Setuju Terima. Kementerian turut memaklumkan

bahawa untuk projek akan datang, had tanggungan atau kerugian yang

disebabkan oleh pihak kontraktor yang boleh dituntut oleh Kerajaan (cap on total

liability) tidak akan ditetapkan.

Pada pendapat Audit, pengurangan kadar LAD dan penetapan had maksimum

tanggungan liabiliti tidak menjaga kepentingan Kerajaan. Ini disebabkan Kerajaan

terpaksa menanggung kerugian sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek

mengikut tempoh yang ditetapkan.

27.5.3. Kualiti Kerja Pembinaan

27.5.3.1. Tindakan Terhadap Non-Conformance Reports

Berdasarkan konsep reka dan bina, KLIACS selaku perunding yang dilantik adalah

bertanggungjawab untuk menyelia pelaksanaan kerja pembinaan dan mengemukakan

laporan ketidakpatuhan (Non-Conformance Reports - NCR) sekiranya berlaku sebarang

ketidakpatuhan kepada peraturan dan skop kerja/spesifikasi. Bagi menjaga

kepentingan Kerajaan, KLIACS adalah bertanggungjawab untuk memantau dan

memastikan setiap NCR diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh

perunding. Semakan Audit terhadap NCR mendapati perkara berikut:

a. Setakat 23 Jun 2011, KLIACS telah mengeluarkan 282 NCR kepada IRCON dan

sebanyak 186 (66%) NCR telah selesai/diambil tindakan manakala bakinya masih

belum diambil tindakan. Antara NCR yang dikeluarkan adalah seperti pembinaan

lencongan jalan yang tidak mengikut proses kawalan kualiti; pembinaan tambak

dengan menggunakan bahan dan pemadatan yang tidak sesuai dan penyeliaan

kerja yang tidak berkualiti.

b. Sebanyak 34 (18.3%) daripada 186 NCR yang telah selesai lewat diambil tindakan

oleh IRCON iaitu antara 18 hingga 191 hari. Daripada jumlah tersebut, terdapat

10 NCR yang lewat diambil tindakan melebihi 50 hari seperti di jadual berikut:

NCR

NO./

(TARIKH)

KLIACS/SGEDT/P1/QA/48

(10.01.2010)

KLIACS/SGEDT/P4/QA/26

(15.12.2010)

JADUAL 27.12

CONTOH NCR YANG LEWAT DIAMBIL TINDAKAN

KETERANGAN

TARIKH TINDAKAN

DIAMBIL KELEWATAN

(Hari)

SEPATUT SEBENAR

No protection on TNB Cables. 10.07.2010 17.01.2011 191

Failed to submit detailed work program within

14 days from reminder letter.

22.12.2010 23.06.2011 183

397 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!