10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, penyaluran peruntukan kepada agensi pelaksana Projek

Agropolitan adalah tidak teratur kerana peruntukan perbelanjaan pembangunan

telah disalurkan tanpa mengambil kira kemajuan projek. Ini adalah jelas dalam kes

penyaluran peruntukan kepada KEDA bagi tujuan pembangunan penempatan

50 keluarga termiskin di Bendang Man dan pembinaan Pusat Agrobisnes dan

Agroindustri Sungai Namek, Sik di mana hanya RM0.73 juta (0.5%) daripada

RM15.61 juta yang disalurkan telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2011.

18.5.2. Prestasi Pencapaian Projek Kecil Di Bawah Komponen Ekonomi

18.5.2.1. Antara projek kecil yang telah dilaksanakan di bawah komponen ekonomi

adalah Projek Ladang Sejahtera (Getah/Sawit) dan Ladang/Aktiviti Komersial. Melalui

pelaksanaan projek di bawah komponen ekonomi, sasaran yang ditetapkan adalah

untuk meningkatkan purata pendapatan peserta Projek Agropolitan dari RM300 kepada

RM1,800 sebulan melalui pengagihan dividen hasil daripada pegangan saham dan

penerimaan gaji/upah daripada projek kecil yang dijalankan. Bagi memastikan matlamat

pelaksanaan Projek Agropolitan tercapai, projek kecil komponen ekonomi hendaklah

berdaya maju (viable) dan berdaya tahan (sustainable).

18.5.2.2. Semakan Audit terhadap prestasi pencapaian projek kecil di bawah komponen

ekonomi mendapati perkara berikut:

a. Projek Ladang Sejahtera (Getah), Projek Agropolitan Pulau Banggi

Ladang Sejahtera (Getah) seluas 1,877 hektar telah dibangunkan oleh FELCRA

Berhad dengan perbelanjaan berjumlah RM33.45 juta daripada peruntukan yang

disalurkan berjumlah RM27.60 juta. Lawatan Audit pada bulan November 2011

mendapati tanaman getah yang berusia antara 2 hingga 4 tahun mengalami

masalah pertumbuhan yang disebabkan oleh tanah ladang yang menakung air dan

berbatu-batan. Antara lainnya, ia telah mengakibatkan pokok getah berbanir/

berbuah pada usia muda, condong disebabkan akar yang tidak mencengkam tanah

dan daun mengalami lecuran. Keadaan ladang getah adalah seperti di gambar

berikut:

GAMBAR 18.3 GAMBAR 18.4

Ladang Sejahtera (Getah),

Projek Agropolitan Pulau Banggi, Sabah

-Tanah Ladang Yang Menakung Air

(17.11.2011)

Ladang Sejahtera (Getah),

Projek Agropolitan Pulau Banggi, Sabah

- Kandungan Tanah Yang Berbatu-batan

(17.11.2011)

240 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!