10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Jabatan Pengairan Dan Saliran Yang Diterima Pada 5 Jun 2012

Pengemaskinian Manual hanya akan dilakukan sekiranya terdapat perubahan

atau pembaharuan yang ketara terhadap mana-mana komponen struktur

empangan dan keperluan fungsi empangan serta kemampuan sumber kewangan

dan tenaga manusia.

b. Standard Operating Procedure (SOP)

Manual telah menetapkan SOP perlu disediakan dan dipamerkan di lokasi sesuatu

peralatan/komponen hidraulik empangan supaya ia dapat dijadikan rujukan dan

memudahkan pengendalian peralatan/komponen tersebut. Antara peralatan/

komponen hidraulik yang memerlukan SOP adalah Operasi Pintu Air Keluar;

Operasi Alur Limpah; Valve House; Hydraulic Hoisting System For Service & Multi-

Level Gates; dan Operasi Instrumentasi. Semakan Audit mendapati hanya

Empangan Beris ada mempamerkan SOP manakala di 3 empangan lain yang

dilawati tidak menyedia dan mempamerkan SOP di lokasi peralatan dan komponen.

Menurut Operator Empangan, keperluan penyediaan SOP untuk peralatan dan

komponen hidraulik empangan tidak dimaklumkan dan Operator Empangan

mengendalikan peralatan dan komponen berkaitan berdasarkan tunjuk ajar dan

pengalaman pegawai terdahulu. Ketiadaan SOP boleh menyebabkan pengendalian

peralatan/komponen tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang ditetapkan oleh

manual/pengeluar dan boleh mengakibatkan peralatan/komponen hidraulik

empangan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Maklum Balas Jabatan Pengairan Dan Saliran Yang Diterima Pada 5 Jun 2012

Elemen penyediaan SOP akan dimasukkan ke dalam senarai semak pemantauan

MOMS.

c. Penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan (EAP)

Dokumen EAP perlu disediakan antaranya untuk mengenal pasti potensi sesuatu

situasi kecemasan yang boleh menyebabkan kegagalan sesuatu struktur empangan

dan menggariskan prosedur yang perlu diikuti untuk menghadapi situasi kecemasan.

Selain itu, adalah menjadi keperluan setiap operator empangan menjalankan latihan

kecemasan secara bersepadu melibatkan Jawatankuasa Bencana Daerah

berpandukan EAP bagi setiap empangan. Semakan Audit mendapati 11 (73%)

daripada 15 dokumen EAP empangan yang disediakan tidak menyeluruh kerana

telah disediakan secara sementara. Lawatan Audit ke 4 empangan mendapati

Empangan Sembrong, Empangan Beris dan Empangan Bekok ada menyimpan dan

memaparkan carta aliran kerja bagi menunjukkan tindakan yang perlu diambil oleh

setiap peringkat kecemasan serta pihak yang terlibat di papan kenyataan di Pejabat

Tapak Empangan masing-masing. Selain itu, semakan Audit selanjutnya mendapati

latihan kecemasan belum pernah dilaksanakan bagi semua empangan di bawah

seliaan JPS sejak pembinaan.

Maklum Balas Jabatan Pengairan Dan Saliran Yang Diterima Pada 5 Jun 2012

13 empangan telah siap dibina sebelum Seksyen Empangan diwujudkan dan EAP

yang lengkap tidak disediakan ketika itu kerana kurangnya kesedaran tentang

kepentingan dokumen EAP. JPS merancang untuk mengemas kini EAP secara

dalaman bagi 2 empangan setiap tahun. Permohonan untuk pengemaskinian EAP

272 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!