10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

65. PENGURUSAN ASET AIR BERHAD

65.1. LATAR BELAKANG

KEMENTERIAN KEWANGAN

65.1.1. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri

Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan pada 5 Mei 2006 dengan modal berbayar

berjumlah RM410 juta. Modal dibenarkan adalah berjumlah RM1.0 bilion. PAAB adalah

pemilik dan pemaju aset air negara yang bertanggungjawab untuk membangunkan

infrastruktur air negara dan semua aset yang berkaitan dengan sistem air bagi Semenanjung

Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air

2006 (Akta 655). Ini bertujuan untuk menjadi pembekal aset air bertaraf dunia, memberi

perkhidmatan bekalan air yang cekap dan berkualiti kepada rakyat serta dapat menjamin

kesinambungan industri air.

65.1.2. Peranan utama PAAB adalah seperti berikut:

65.1.2.1. Membina, membaik pulih, menambah baik, menaik taraf, memelihara dan

menyenggara infrastruktur air dan semua aset yang berkaitan dengan sistem rangkaian

air.

65.1.2.2. Mendapatkan pembiayaan kompetitif untuk pembangunan infrastruktur aset air

negara yang baru dan menyewakan kepada pengusaha (operator) air negeri yang

berlesen. Dengan itu, Kerajaan Negeri akan bebas daripada bebanan hutang

pembangunan aset baru yang memerlukan modal yang besar.

65.1.2.3. Membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk

menstrukturkan semula industri perkhidmatan air negara bagi mencapai visi Kerajaan

agar dapat memberi perkhidmatan air yang cekap dan berkualiti.

65.1.3. Di bawah penstrukturan semula industri perkhidmatan air, Kerajaan Persekutuan

berperanan sebagai penggubal dasar untuk mengawal selia industri perkhidmatan air

negara. Tanggungjawab pengagihan air terawat pula diserahkan kepada Pihak Berkuasa

Negeri dan tugas penyeliaan dibuat oleh SPAN. Pembahagian tanggungjawab penstrukturan

semula industri perkhidmatan air negara adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 65.1

PEMBAHAGIAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

DI BAWAH PENSTRUKTURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR NEGARA

AGENSI TANGGUNGJAWAB BUTIRAN

Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri

Suruhanjaya Perkhidmatan

Air Negara (SPAN)

PAAB

- Penggubal dasar

- Mengawal selia industri

perkhidmatan air negara

- Water basin matters/cekungan

- Pengagihan air terawat

- Kawal selia

- Peraturan dan Pelesenan

Pembekal/Operator Air - Kawalan aset air

- Pembangunan aset air

- Membina kemudahan infrastruktur

bekalan air di seluruh negara untuk

jangka masa panjang

Pembuat dasar air secara holistik untuk negara

dengan menetapkan hala tuju dasar tersebut bagi

aktiviti memproses dan merawat air mentah.

Menguruskan cekungan air di negeri untuk

melindungi kualiti air dan mengenal pasti

cekungan air baru apabila diperlukan.

Mengawal selia syarikat operator air berasaskan

syarat lesen yang ditetapkan dan peraturan

berkaitan industri perkhidmatan air yang perlu

dipatuhi berdasarkan ketetapan Kerajaan

Persekutuan.

Membina, memperbaharui, memperbaiki, menaik

taraf memelihara dan memperbaiki sistem

infrastruktur air.

Merawat dan membekalkan air yang dirawat

kepada pelanggan.

971 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!