10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

47.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Disember 2011 mendapati secara

umumnya, sasaran Skim Latihan Akademik IPTA di bawah RMKe-9 tidak tercapai kerana

Kementerian hanya menaja seramai 3,517 (57.6%) anggota akademik IPTA daripada sasaran

6,103 orang bagi tempoh tahun 2006 hingga 2008. Selain itu, pelaksanaan skim ini juga tidak

teratur di mana terdapat kelemahan seperti berikut:

i. Sistem Maklumat Latihan yang tidak kemas kini telah mengakibatkan bayaran elaun

kepada penerima tajaan yang tidak tepat;

ii. seramai 99 penerima tajaan yang telah melaporkan diri di IPTA masih belum

menghantar tesis, sedang menulis tesis atau menunggu keputusan viva (peperiksaan

lisan untuk tesis). Selain itu, seorang calon yang telah melaporkan diri pada tahun 2007

masih belum mengemukakan tesis;

iii. tiada bukti pelanjutan tempoh pengajian diluluskan/pelanjutan tempoh pengajian

diluluskan oleh pegawai yang tidak diberi kuasa; dan

iv. pemantauan kurang dilaksanakan terhadap kemajuan pengajian penerima tajaan oleh

Kementerian.

Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas Kementerian adalah seperti

di perenggan berikut:

47.5.1. Prestasi Skim Latihan Akademik IPTA

47.5.1.1. Prestasi Kewangan

Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2011, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan

berjumlah RM1.501 bilion kepada Kementerian untuk melaksanakan skim ini.

Bagaimanapun untuk tempoh 6 tahun tersebut, Kementerian hanya berjaya

membelanjakan sejumlah RM1.102 bilion (73.4%) daripada peruntukan yang diluluskan.

Prestasi perbelanjaan skim adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 47.1

PRESTASI PERBELANJAAN SLAI BAGI TAHUN 2006 HINGGA 2011

TAHUN

PERUNTUKAN SEBENAR

(RM Juta)

PERBELANJAAN

SEBENAR

(RM Juta)

2006 42.35 31.45 74.3

2007 240.00 118.39 49.3

2008 216.00 215.34 99.7

2009 334.50 264.44 79.1

2010 322.13 235.65 73.2

2011 345.94 236.63 68.4

JUMLAH 1,500.92 1,101.90 73.4

47.5.1.2. Pencapaian Skim

Sasaran Kementerian adalah untuk menaja seramai 6,103 anggota akademik IPTA

untuk tempoh tahun 2006 hingga 2008 supaya mereka akan berkelayakan PhD atau

Sarjana Perubatan pada akhir tahun 2010. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap

pencapaian skim ini mendapati perkara berikut:

a. Daripada peruntukan yang diluluskan, Kementerian hanya membelanjakan sejumlah

RM1.102 bilion (73.4%) untuk tempoh tahun 2006 hingga 2011. Ini disebabkan,

antara lainnya, sasaran Kementerian untuk menaja seramai 6,103 anggota

akademik IPTA tidak tercapai. Adalah didapati Kementerian hanya menaja seramai

3,517 (57.6%) anggota akademik IPTA daripada sasaran 6,103 bagi tempoh tahun

749 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!