10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Syor Audit akan dikaji bagi tujuan penambahbaikan kes-kes berkaitan

subseksyen 82(3) ACP 1967.

c. Notis Taksiran Cukai Tambahan Audit Luar Tidak Dikeluarkan

Semakan Audit mendapati Laporan Penyelesaian Kes yang diluluskan antara

7 Oktober 2009 hingga 14 April 2011 menunjukkan terdapat cukai tambahan audit

luar dan penalti, namun Notis Taksiran Cukai Tambahan Audit Luar Dan Penalti

berjumlah RM0.44 juta tidak dikeluarkan terhadap 6 individu melibatkan 11 kes di

Cawangan Kuala Lumpur Bandar.

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Isu tersebut berlaku kerana terlepas pandang. Selepas teguran Audit, satu

individu melibatkan 2 kes telah dikeluarkan Notis Taksiran Cukai Tambahan

berjumlah RM27,002 pada 17 April 2012. Di samping itu, Notis Taksiran Cukai

Tambahan berjumlah RM4,646 akan dibangkitkan terhadap 2 individu lain

melibatkan 2 kes. Manakala kemudahan bayaran ansuran sedang dibincangkan

bagi 2 individu lain melibatkan 4 kes tetapi Notis Taksiran Cukai Tambahan

berjumlah RM332,036 belum dikeluarkan. Selain itu, Notis Taksiran Cukai

Tambahan bagi satu individu lain melibatkan 3 kes berjumlah RM78,885 tidak

boleh dibangkitkan kerana pembayar cukai telah meninggal dunia.

Pada pendapat Audit, Notis Taksiran Cukai Tambahan Audit Luar Dan Penalti

perlu dikeluarkan segera bagi kes yang penyelesaiannya telah diluluskan oleh

pegawai atasan untuk membolehkan cukai dipungut. Bagi pembayar cukai

yang telah meninggal dunia, LHDNM mempunyai kuasa untuk membangkitkan

taksiran tambahan dalam tempoh 3 tahun selepas Ketua Pengarah Hasil Dalam

Negeri dimaklumkan oleh Pentadbir Harta Pusaka tentang kematian pembayar

cukai dengan menggunakan Borang CP57 (Pemberitahuan Kematian

Pembayar Cukai) selaras dengan pindaan subseksyen 74(3) ACP 1967 yang

berkuat kuasa mulai 18 Januari 2011. Selain itu, kegagalan mengeluarkan

Notis Taksiran Cukai Tambahan Dan Penalti juga boleh membawa risiko di

mana baki bayaran ansuran dianggap kredit dan dibayar balik kepada

pembayar cukai selepas mengambil kira taksiran sedia ada (taksiran disifatkan

dan taksiran tambahan daripada audit meja jika berkenaan) sebelum

mengambil kira taksiran tambahan daripada audit luar yang belum

dibangkitkan bagi sesuatu tahun taksiran. Sehubungan ini, siasatan perlu

dijalankan dan hukuman/tindakan disiplin yang bersesuaian perlu dikenakan

kepada pegawai yang terbukti cuai.

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

LHDNM sedang mengenal pasti pegawai-pegawai yang terlibat dan sebab berlaku

ketidakpatuhan sebelum menentukan jenis hukuman/disiplin yang wajar

dikenakan jika perlu. Di samping itu, pemantauan juga akan dilakukan sehingga

kesemua kes diselesaikan. Selain itu, Ibu Pejabat LHDNM juga akan melakukan

siasatan ke atas pegawai-pegawai yang terlibat bagi mengenal pasti masalah

yang timbul.

114 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!