10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum Balas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

JKDM telah menubuhkan pasukan untuk membuat pemeriksaan ke semua negeri

bagi menentukan kedudukan sebenar peralatan pencegahan yang dibekalkan.

Perintah Tetap Pencegahan berkaitan dengan perolehan, pengagihan dan

perekodan peralatan alat bantu kerja sedang dibangunkan dan akan diedarkan

dalam masa terdekat. Peralatan yang tidak ditemui telah disahkan hilang dan

laporan polis telah dibuat.

Pada pendapat Audit, kelemahan dalam perekodan dan kawalan fizikal telah

mengakibatkan kehilangan peralatan.

12.6. SYOR AUDIT

Memandangkan skop pengauditan ini hanya dijalankan di Ibu Pejabat dan 5 negeri, tindakan

menyeluruh ke semua negeri perlu dibuat bagi memastikan pengurusan peralatan dilaksanakan

dengan lebih cekap dan berkesan. Oleh itu, bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan,

adalah disyorkan JKDM mengambil tindakan seperti berikut:

12.6.1. Melantik Jawatankuasa Khas untuk menyiasat kes Improper Payment seperti

perolehan harta modal tanpa kelulusan Pegawai Pengawal dan pembelian peralatan tanpa

kelulusan jawatankuasa yang bertanggungjawab.

12.6.2. Perancangan awal hendaklah dibuat bagi mengenal pasti keperluan peralatan

dengan mengambil kira maklum balas dari JKDM negeri selaku pengguna.

12.6.3. Memastikan setiap Pesanan Kerajaan dan invois pembekal mempunyai maklumat

yang terperinci seperti jenis, jenama, model dan spesifikasi untuk memudahkan Pegawai

Penerima mengesahkan spesifikasi dan kualiti sebenar peralatan yang diterima. Satu

pasukan khas perlu ditubuhkan untuk menyemak semua alat bantu kerja yang telah

diperolehi semasa RMKe-9 dan memastikan jenis, jenama, model dan spesifikasi peralatan

yang diterima/bayar adalah berdasarkan spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan. Satu laporan

mengenainya hendaklah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan

Jabatan Audit Negara.

12.6.4. Mengambil tindakan segera untuk memastikan semua aset didaftarkan dengan tepat

dan kemas kini serta peralatan yang diagihkan ke negeri hendaklah diiringi dengan

KEW.PA-2/KEW.PA-3.

12.6.5. Memastikan penggunaan peralatan direkodkan secara teratur dalam KEW.PA-6 dan

mengambil tindakan proaktif untuk memastikan semua peralatan dimanfaatkan sepenuhnya.

12.6.6. Menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap semua alat bantu kerja yang diperolehi

dengan kadar segera dan selaras dengan Arahan Perbendaharaan, laporan awal hendaklah

disediakan dengan serta-merta sekiranya terdapat kes kehilangan peralatan.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Muka Surat 96-100

Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam

Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan, Pengurusan Kewangan

Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Serta Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan

Bagi Tahun 2011

171 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!