10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

daripada 1,794 hari lawatan bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011. Untuk mengatasi

masalah ini, pihak JKNS menggantikan pegawai perubatan dengan penolong pegawai

perubatan. Butiran lanjut mengenai hari lawatan yang disertai oleh pegawai perubatan

adalah seperti di jadual berikut:

TAHUN

JADUAL 43.4

HARI LAWATAN YANG DISERTAI OLEH PEGAWAI PERUBATAN

JUMLAH HARI

LAWATAN YANG DISERTAI

LAWATAN SETAHUN

OLEH PEGAWAI PERUBATAN

KUCHING SIBU MIRI JUMLAH HARI (%)

2008 101 150 154 96 23.7

2009 75 108 107 8 2.8

2010 163 167 225 35 6.3

2011 181 154 209 123 22.6

JUMLAH 1,794 262 14.6

Sumber: Rekod JKNS

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 1 Jun 2012

Sehingga kini tiada pegawai perubatan khusus (dedicated Medical Officer) untuk

melaksanakan program ini. Perkara seumpama ini tidak dapat dielakkan kerana

pihak kementerian menghadapi kekurangan pegawai perubatan di bawah

Program Kesihatan Awam di Negeri Sarawak. Setakat bulan Februari 2012,

peratus pengisian jawatan pegawai perubatan di dalam Program Kesihatan Awam

hanya 37.6%. Jika dilihat kepada jadual yang disediakan, didapati pada tahun

2009, hanya 8 hari sahaja dilawati oleh pegawai perubatan. Dengan langkah yang

telah diambil seperti bekerjasama dengan klinik-klinik kesihatan, bilangan hari

lawatan yang disertai oleh pegawai perubatan telah meningkat dari 35 hari pada

tahun 2010 kepada 123 hari pada tahun 2011. Sebagai langkah penambahbaikan,

Kementerian juga akan melaksanakan perkara seperti berikut:

i. Bagi mempertingkatkan lagi peratusan liputan oleh pegawai perubatan,

satu surat arahan telah dikeluarkan kepada semua Pegawai Kesihatan

Bahagian melalui surat bertarikh 26 Mac 2012 supaya bekerjasama dengan

pihak hospital untuk memastikan setiap penerbangan disertai oleh

seorang Pegawai Perubatan; dan

ii. Cadangan untuk menempatkan seorang pegawai perubatan sebagai

Pegawai Perubatan PDU di 3 main based stations iaitu Kuching, Sibu dan

Miri yang diharap dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada penghujung

tahun 2012.

Pada pendapat Audit, Kementerian dan JKNS perlu memastikan setiap pasukan PDU

dianggotai oleh seorang pegawai perubatan supaya pesakit/penduduk pedalaman

dapat menikmati standard rawatan dan kepakaran yang setaraf dengan

pesakit/penduduk di bandar. Selain itu, cadangan untuk menempatkan pegawai

perubatan secara tetap dalam program PDU perlu dilaksanakan dengan segera.

43.5.2.2. Pengurusan Keselamatan Program PDU Kurang Memuaskan

Pengurusan keselamatan program PDU perlu dinyatakan secara spesifik dalam kontrak

perjanjian di antara kerajaan dengan kontraktor dan juga Bab 10, Panduan Pengurusan

Klinik Kesihatan untuk memastikan keselamatan anggota pasukan PDU sentiasa

terjamin. Semakan Audit terhadap dokumen kontrak dan Panduan Pengurusan Klinik

Kesihatan mendapati perkara mengenai keselamatan tidak dinyatakan langsung.

701 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!