10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

c. Menyediakan carta/jadual proses iaitu Jadual Umum untuk semua urusan perolehan

(tender/sebut harga) yang hendaklah dilaksanakan untuk tahun berkenaan dan

seterusnya Jadual Pelaksanaan khusus untuk setiap perolehan.

12.5.3.2. Untuk perolehan alat proprietary elektronik yang dilaksanakan melalui kontrak

pusat, Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2005 (Pembekalan Alat

Proprietary Elektronik Dan Alat Ganti Yang Berkaitan Bagi Tahun 2006 Hingga Tahun

2008) menetapkan tanggungjawab Jabatan Pengguna menghantar jadual anggaran

serta jangka masa keperluan untuk setiap tahun kepada kontraktor dengan segera untuk

memudahkan dan membolehkan kontraktor membuat perancangan pembekalan.

12.5.3.3. Selewat-lewatnya pada awal tahun 2006, JKDM perlu menyediakan satu

rancangan perolehan yang teliti apabila Kerajaan meluluskan peruntukan perolehan alat

bantu kerja berjumlah RM17.5 juta di bawah RMKe-9 (2006-2010). Selain itu, JKDM juga

perlu menghantar jadual anggaran serta jangka masa keperluan alat proprietary untuk

setiap tahun kepada CMCA. Bagaimanapun, rancangan perolehan atau jadual anggaran

tidak dikemukakan kepada CMCA.

Maklum Balas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

JKDM terlepas pandang untuk mengemukakan jadual keperluan peralatan kepada

pihak CMCA.

Pada pendapat Audit, jadual anggaran keperluan perolehan peralatan perlu disediakan

dan dikemukakan kepada pihak CMCA.

12.5.4. Pelaksanaan Perolehan

12.5.4.1. Pesanan Dan Penerimaan Peralatan

Bagi tujuan memesan alat proprietary elektronik di bawah kontrak pusat rujukan:

PERB/PK/4/2005 (Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2005), Jabatan

Pengguna hendaklah membuat pesanan rasmi terus kepada kontraktor (CMCA) dengan

mencatatkan nombor kontrak, nama, nombor pengenalan dan kuantiti alat proprietary

elektronik yang diperlukan. Nombor pengenalan yang dimaksudkan adalah Nombor Stok

Nasional (NSN) yang telah dikodifikasikan oleh kontraktor. Untuk tujuan pesanan,

Jabatan Pengguna akan dibekalkan dengan katalog/senarai harga yang diluluskan oleh

Perbendaharaan Malaysia. Katalog ini menunjukkan NSN, nombor pembuat, nama

barang dan harga peralatan. Semakan Audit terhadap pesanan perolehan alat

proprietary elektronik mendapati perkara berikut:

a. Sejumlah RM16.46 juta (95.5%) daripada RM17.23 juta perolehan alat bantu kerja di

bawah RMKe-9 telah dibuat melalui kontrak pusat dengan CMCA.

b. Katalog yang dibekalkan kepada Jabatan Pengguna tidak menyatakan dengan jelas

model dan jenama peralatan bagi memudahkan jabatan membuat pesanan. Antara

alat proprietary elektronik yang disenaraikan dalam katalog tanpa model dan jenama

peralatan adalah seperti di jadual berikut:

JADUAL 12.9

CONTOH JENAMA DAN MODEL ALAT PROPRIETARY ELEKTRONIK YANG

TIDAK DINYATAKAN DALAM KATALOG/SENARAI HARGA

NOMBOR STOK

NASIONAL

NOMBOR PEMBUAT NAMA BARANG

HARGA

(RM)

5980-A02-0974 VDC 1 Video Digital Camera 1 7,000

5980-A02-0975 VDC 2 Video Digital Camera 2 9,000

5980-A02-0976 VDC 3 Video Digital Camera 3 11,000

162 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!