10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

ii. memastikan proses kerja dijalankan dengan teratur dan mewujudkan mekanisme

pemantauan yang berkesan bagi memastikan peminjam mematuhi syarat pinjaman;

iii. memastikan bayaran balik pinjaman dibuat dalam tempoh yang ditetapkan;

iv. mendapatkan nasihat perundangan bagi menyelesaikan masalah kes tunggakan yang

berlarutan; dan

v. memastikan semua dokumen hak milik sentiasa berada dalam keadaan selamat dan

diserah balik kepada peminjam sebaik saja bayaran balik pinjaman diselesaikan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

5. Pengurusan Data Penerima Bayaran Fi Dan Komisen

a. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah diperuntukkan kuasa mengikut

Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 untuk meminta maklumat mengenai

penerima bayaran daripada agensi tertentu. Maklumat tersebut adalah berkaitan dengan

pembayaran kepada individu atau syarikat seperti pembayaran komisen kepada agen/wakil

insurans, pengedar/pemborong/wakil penjual/stokis dan remisiers/broker serta pembayaran

fi yang lain seperti pembayaran royalti kepada pengarang/penulis, pembayaran kepada

pengajar sambilan, pembekal/perunding dan lain-lain. Sistem Maklumat Unit Pengesanan

(SMUP) dibangunkan supaya proses pengumpulan maklumat luaran pembayar cukai dapat

diuruskan dengan lebih teratur di mana setiap pemberi maklumat akan didaftarkan bagi

memudahkan pemantauan. Pengauditan yang dijalankan mendapati beberapa kelemahan

seperti berikut:

i. maklumat penerima bayaran fi dan komisen tidak dikemukakan oleh agensi pemberi

maklumat;

ii. pembayar cukai tidak/kurang melaporkan pendapatan fi atau komisen dalam Borang

Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran yang disemak;

iii. pembayar cukai tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan walaupun

mereka ada menerima pendapatan fi dan komisen; dan

iv. pembayar cukai belum dipilih untuk dilaksanakan audit cukai.

b. Pihak Audit mengesyorkan supaya LHDNM memberi perhatian terhadap perkara seperti

berikut:

i. mewajibkan semua pemberi maklumat mengemukakan maklumat penerima bayaran fi

dan komisen dalam tempoh masa yang ditetapkan;

ii. menguatkuasakan tindakan pendakwaan terhadap pemberi maklumat yang ingkar;

iii. memastikan Sistem Maklumat Unit Pengesanan yang dibangunkan dapat digunakan

sebagai sumber maklumat yang tepat; dan

iv. menjalankan audit meja atau audit luar terhadap kategori penerima bayaran fi dan

komisen yang tinggi dan gagal melaporkan pendapatan dengan betul untuk memastikan

tahap pematuhan cukai.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

6. Pengurusan Cukai Pendapatan Pemilik Harta

a. Seksyen 13 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) 1976, menghendaki pemilik harta

mengisytiharkan harta yang diperolehinya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(LHDNM). Pemilik harta melaporkan pemilikan harta khususnya hartanah kepada LHDNM

melalui proses penyeteman perjanjian sewa beli. LHDNM seterusnya menyalurkan

maklumat ini ke dalam gudang data melalui Sistem Maklumat Unit Pengesanan (SMUP).

xvi RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!