10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

Maklum Balas Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Yang Diterima

Pada 20 Jun 2012

KKLW telah mengambil tindakan dengan mengemukakan surat tawaran bertarikh

21 Februari 2012 kepada 30 peserta tanpa petempatan tersebut.

Pada pendapat Audit, sekiranya perjanjian antara Kerajaan dan peserta Projek

Agropolitan tidak dimeterai, kepentingan pihak yang terlibat dengan pelaksanaan

projek ini tidak terjamin. Selain itu, tindakan penguatkuasaan terhadap syarat

yang ditetapkan di dalam perjanjian juga tidak dapat diambil terhadap peserta

yang tidak mematuhi syarat penyertaan.

18.5.3.3. Pembangunan Komponen Fizikal Projek Agropolitan Yang Tidak

Memuaskan/Bermasalah

Antara objektif yang perlu dicapai oleh KKLW dalam pelaksanaan Projek Agropolitan

adalah untuk meningkatkan liputan dan kualiti prasarana asas, utiliti, ameniti dan

kemudahan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup peserta. Peserta Projek

Agropolitan dengan petempatan akan disediakan sebuah rumah kediaman di dalam

kawasan petempatan yang lengkap dengan infrastruktur asas seperti jalan, bekalan

air/elektrik, longkang dan sistem perparitan sistematik. Selain itu, kawasan petempatan

juga dilengkapi dengan kemudahan dewan serba guna, surau, padang permainan dan

Tadika/Taska/Tabika. Pembinaan prasarana bagi tujuan penjanaan ekonomi setempat

dan Industri Kecil dan Sederhana seperti gerai dan bengkel turut dimasukkan di dalam

komponen fizikal sesebuah Projek Agropolitan. Sehubungan itu, kerja pembinaan

komponen fizikal perlu berkualiti selaras dengan objektif KKLW untuk meningkatkan

kesejahteraan hidup peserta Projek Agropolitan. Oleh itu, KKLW dan agensi pelaksana

perlu memastikan setiap kerja pembinaan hendaklah dilaksanakan dengan kemas pada

tahap piawaian yang boleh diterima pakai. Bagaimanapun, lawatan Audit antara bulan

November 2011 hingga Januari 2012 mendapati beberapa kelemahan dalam

pembangunan komponen fizikal Projek Agropolitan seperti berikut:

a. Pembinaan Tidak Berkualiti/Tidak Mengikut Spesifikasi

i. Tangga kayu setiap rumah yang dibina di bawah Projek Agropolitan Batang

Lupar adalah tidak berkualiti di mana ia mudah reput dan patah. Selain itu,

apron bangunan tadika yang dibina kelihatan tergantung disebabkan masalah

mendapan di kawasan tapak projek. Setakat tarikh pengauditan, bangunan

tadika tersebut masih belum dapat diserahkan oleh kontraktor disebabkan

masalah tersebut.

Maklum Balas Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Yang Diterima

Pada 20 Jun 2012

Kerja pembaikan bagi setiap tangga rumah yang rosak telah siap dilaksanakan

pada bulan Mei 2012. Manakala bangunan tadika telah diserahkan oleh kontraktor

setelah pembaikan dibuat dan pemantauan sedang dilaksanakan bagi

memastikan kerosakan yang wujud dapat diperbaiki dalam tempoh tanggungan

kecacatan. Keadaan sebelum dan selepas tindakan untuk membaiki kerja

pembinaan yang tidak berkualiti adalah seperti di gambar berikut:

248 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!