10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

JADUAL 49.6

KELENGKAPAN KEMUDAHAN LATIHAN AIR

KEM PLKN

KENU SIT IN

20 DOUBLE/10 SINGLE

BOT PENYELAMAT

JAKET PELAMPUNG

KESELAMATAN

Paya Indah (60)

KK Di Bawah Bayu (10/10)

Bukit Saban (18/11)

Sri Perkasa

White Resort (10/11) (Fibre Glass)

Princess Haliza

Cahaya Gemilang

Nota: - Mematuhi SOC - Tidak Mematuhi SOC

d. Denda Ke Atas Perkhidmatan A Yang Tidak Memuaskan

Mengikut perenggan 5 dalam Surat Setuju Terima, Perkhidmatan A yang tidak

memuaskan, lewat dibekalkan atau gagal dibekalkan, Kerajaan berhak memotong

jumlah sewa Perkhidmatan A berdasarkan bilangan pelatih dan hari perkhidmatan A

tidak disediakan. Denda akan dikenakan sebanyak RM10 seorang sehari daripada

sewa Perkhidmatan A bagi tempoh minggu pertama hingga minggu kedua semasa

latihan dijalankan dan seterusnya sebanyak RM15 seorang sehari daripada sewa

Perkhidmatan A bagi tempoh minggu ketiga dan seterusnya. Bagaimanapun,

semakan Audit mendapati sepanjang tempoh penubuhan JLKN, tiada denda

dikenakan ke atas operator kem walaupun Perkhidmatan A didapati tidak

memuaskan.

Maklum Balas Jabatan Latihan Khidmat Negara Yang Diterima Pada 13 Jun 2012

Draf Kertas Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Denda Perkhidmatan Tidak

Memuaskan Di Kem PLKN telah disediakan di peringkat JLKN bagi

memperincikan denda ke atas aspek perkhidmatan yang tidak disediakan oleh

Pengusaha Kem.

Pada pendapat Audit, JLKN perlu memantau kem PLKN yang tidak mematuhi

perenggan 5 kepada SST serta memperincikan denda bagi Perkhidmatan A.

Tindakan tegas perlu diambil dengan mengenakan denda terhadap kem yang tidak

mematuhi SOC. Bagi kem PLKN yang menyediakan perkhidmatan yang kurang

memuaskan, JLKN perlu mempertimbangkan sama ada kontrak di kem berkenaan

disambung atau sebaliknya.

49.5.2.3. Kemudahan Pengangkutan

Bagi melancarkan perjalanan aktiviti pengurusan pelatih dengan bilangan yang ramai

pada satu masa, JLKN perlu menyediakan perkhidmatan bas untuk menguruskan

pergerakan masuk dan keluar pelatih setiap kumpulan mengikut siri yang telah

ditetapkan; aktiviti Khidmat Komuniti; lawatan dalam negeri bagi pelatih yang tidak

pulang bercuti; aktiviti keagamaan dan aktiviti sukan. Semakan Audit terhadap

perkhidmatan bas tersebut mendapati perkara seperti berikut:

a. Perkhidmatan Bas Tidak Secara Optimum

Pada tahun 2006 hingga 2008, Kementerian membahagikan perkhidmatan bas

kepada 6 zon di seluruh Malaysia dan dilaksanakan oleh kontraktor yang berbeza di

mana bayaran sewaan bas berdasarkan kepada penggunaan sebenar perkhidmatan

berkenaan. Pada bulan Mac 2008, Kementerian telah mengeluarkan Surat Setuju

Terima kepada Syarikat GPB Corporation Sdn. Bhd. (Syarikat GPB) dengan tempoh

785 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!