10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

44. PENGURUSAN PEMBINAAN DAN PEROLEHAN PERALATAN

PEMBELAJARAN PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC)

44.1. LATAR BELAKANG

44.1.1. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga

Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (Kementerian) dengan menyediakan latihan

vokasional di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dan Diploma Lanjutan

Kemahiran Malaysia Tahap 5. Objektif ADTEC antaranya ialah untuk melahirkan tenaga

kerja terlatih bersesuaian dengan pengetahuan dan kemahiran serta penumpuan terhadap

teknologi industri semasa; memastikan tenaga kerja berkualiti dan bersesuaian dengan

permintaan industri serta mewujudkan lebih banyak program latihan/kursus dalam bidang

pengurusan dan kemahiran kepada penyelia dan pekerja mahir daripada sektor industri.

Setakat tahun 2011, Kementerian telah membina 8 ADTEC di seluruh Malaysia termasuk

4 yang baru siap dibina pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu ADTEC Taiping, Kemaman,

Bintulu dan Jerantut. Sejumlah 2,960 orang pelatih dijangka mendaftar di 4 ADTEC

berkenaan bagi mengikuti kursus di pelbagai bidang kemahiran seperti Mekanikal Dan

Pengeluaran; Elektrikal Dan Elektronik; Sivil Dan Bangunan; Percetakan; Bukan Logam

serta Teknologi Maklumat. Pihak yang terlibat dalam pembinaan 4 ADTEC ini adalah seperti

berikut:

a. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri - bertanggungjawab menyemak dan

meluluskan permohonan projek pembinaan ADTEC bersama peralatannya.

b. Bahagian Pembangunan, Kementerian Sumber Manusia - bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap pembinaan ADTEC Kemaman dan Bintulu dari aspek

pengurusan, penyeliaan, pelaksanaan dan pemantauan projek. Urusan pelantikan

kontraktor dan perunding dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan secara rundingan

terus.

c. Unit Pengurusan Projek, Jabatan Kerja Raya (JKR) - bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap pembinaan ADTEC Taiping dan Jerantut dari aspek pengurusan, penyeliaan,

pelaksanaan dan pemantauan projek.

44.1.2. Kementerian Kewangan telah melantik kontraktor bagi projek pembinaan ADTEC

Taiping, Kemaman dan Bintulu melalui kaedah rundingan terus. Manakala perolehan

ADTEC Jerantut diuruskan oleh JKR melalui kaedah tender terhad. Kementerian Kewangan

juga telah melantik perunding bagi ADTEC Kemaman dengan kos RM12.60 juta dan ADTEC

Bintulu dengan kos RM14.30 juta. Skop kerja di bawah kontrak pembinaan ADTEC hanya

meliputi pembinaan bangunan (blok pentadbiran, blok bengkel, asrama, kuarters, surau dan

dewan kuliah) serta pembekalan peralatan pejabat dan kuarters (meja, kerusi, almari dan

katil). Manakala perolehan peralatan bagi tujuan pembelajaran tidak termasuk dalam skop

kerja pembinaan ADTEC. Bagi perolehan peralatan pembelajaran, sejumlah RM228 juta

telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan perolehan dibuat secara rundingan

terus. Butirannya adalah seperti di jadual berikut:

706 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!