10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

v. SPNB sebagai syarikat yang menguruskan kewangan, pentadbiran, sumber manusia,

perolehan dan penyenggaraan sistem bagi RapidKL perlu memantau dengan lebih rapi

pengurusan operasi dan kewangan syarikat untuk memastikan kelemahan yang berlaku

tidak berulang dan sebarang masalah dapat ditangani dengan lebih awal.

58. UDA Holdings Berhad

a. Pada 18 November 1999, UDA Holdings Sdn. Bhd. telah disenaraikan di Bursa Malaysia

sebagai UDA Holdings Berhad (UHB) dan pada 4 April 2003, Malaysian Resources

Corporation Bhd. telah mengambil alih saham dan pengurusan UHB. Pada 14 Oktober 2004

pula, pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dalam UHB telah dijual

kepada Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah). UHB secara rasmi dikeluarkan dari Bursa

Saham pada 31 Mei 2007. Berikutan itu, pada 17 Januari 2008, Kementerian Kewangan

bersetuju supaya MKD mengambil alih keseluruhan saham UHB berjumlah 176,577,186 unit

saham biasa pada nilai RM3.00 sesaham daripada Khazanah dengan nilai keseluruhan

RM529.73 juta. Objektif syarikat setelah dikeluarkan dari Bursa Saham adalah untuk

menjayakan agenda Bumiputera seiring dengan aspirasi Kerajaan dengan memainkan

peranan penting dalam sektor pembangunan bandar. Pengauditan yang dijalankan

mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan UHB adalah memuaskan. UHB

mencatat peningkatan keuntungan sejumlah RM2.03 juta pada tahun 2010 iaitu

RM30.84 juta berbanding tahun 2008 iaitu RM28.81 juta sungguhpun mengalami sedikit

kerugian pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM6.47 juta. Prestasi aktiviti UHB juga

memuaskan kerana pencapaian tahunan semakin meningkat iaitu 77% pada tahun 2009

kepada 88% pada tahun 2010 dan terus meningkat 100% pada tahun 2011. Bagaimanapun,

prestasi pengurusan aktiviti Bahagian UDA Urban adalah kurang memuaskan. Di antara

kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

i. perancangan dan pelaksanaan kediaman adalah tidak teratur di mana kediaman gagal

diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan;

ii. pembangunan projek tidak dilaksanakan seperti mana yang dirancang; dan

iii. pengurusan kewangan dan urus tadbir korporat kurang memuaskan di mana berlaku

kelemahan dalam kawalan pengurusan perbelanjaan iaitu penggunaan kad kredit,

pembayaran dividen dan kelemahan dalam pengurusan aset (daftar aset tidak kemas

kini, aset tidak dapat dikesan dan aset tidak didaftarkan dengan nombor pendaftaran).

b. Pihak Audit mengesyorkan supaya pihak pengurusan UHB, Kementerian Kewangan dan

Lembaga Pengarah UHB memberi pertimbangan terhadap perkara berikut:

i. Lembaga Pengarah UHB perlu memastikan pengurusan UHB mematuhi proses dan

prosedur tender yang telah ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya masalah projek

lewat disiapkan;

ii. Lembaga Pengarah UHB perlu memastikan pihak pengurusan UHB memberi tumpuan

kepada pembangunan hartanah yang telah dirancang untuk meraih keuntungan dalam

tempoh jangka panjang; dan

iii. Kementerian Kewangan melalui wakilnya perlu memastikan UHB mematuhi kehendak

Akta Syarikat 1965 dan semua pekeliling yang telah dikeluarkan supaya pengurusan

UHB dibuat dengan telus, teratur dan berhemat.

59. Malaysia International Franchise Sdn. Bhd.

a. PNS Francais Sdn. Bhd. (PNSF) yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2001 telah menukar

namanya kepada Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) pada 18 Jun

2007. MyFranchise adalah merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Nasional

lx RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!