10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Pada pendapat Audit, MdI hendaklah meningkatkan bilangan kursus yang spesifik

mengenai pengurusan kes kebankrapan/penggulungan syarikat bagi meningkatkan

kemahiran dan kompetensi pegawai dan kakitangan.

2.5.14. Pengurusan Fail/Dokumen Kes Yang Tidak Teratur

2.5.14.1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 berkenaan Panduan Pengurusan

Pejabat antaranya menetapkan setiap fail mestilah mengandungi kertas minit,

kandungan surat dan dokumen lampiran yang disusun mengikut tarikh transaksi. Fail

perlu disimpan di Bilik Rekod dengan menggunakan rak yang sesuai dan disusun

mengikut nombor rujukan. Setiap rak pula hendaklah dilabelkan bagi memudahkan

pengesanan fail. Bagi tujuan pelupusan fail, jabatan dan agensi hendaklah mendapatkan

nasihat Jabatan Arkib Negara sebelum melaksanakan pelupusan fail. Bagi dokumen

syarikat yang digulungkan, Seksyen 284(2) Akta Syarikat 1965 menetapkan pelikuidasi

hendaklah menyimpan buku dan kertas untuk rujukan untuk tempoh 5 tahun dari tarikh

pembubaran syarikat dan selepas 5 tahun buku dan kertas tersebut boleh dimusnahkan.

2.5.14.2. Semakan Audit di pejabat yang dilawati mendapati bilik penyimpanan fail tidak

dibekalkan dengan rak fail yang mencukupi sebaliknya fail kes diletakkan di atas lantai,

meja dan di celahan dinding. Selain itu, terdapat kesan resapan air di dinding bilik

penyimpanan fail pejabat MdI Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang boleh

menyebabkan fail kes basah dan menjejaskan keutuhannya. Butirannya adalah seperti

di gambar berikut:

GAMBAR 2.1 GAMBAR 2.2

Pejabat MdI Johor

- Fail Diletak Di Atas Lantai

(08.07.2011)

Pejabat MdI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Fail Diletakkan Di Celahan Dinding

(05.08.2011)

GAMBAR 2.3 GAMBAR 2.4

Pejabat MdI Pulau Pinang

- Rak Dan Kabinet Besi Untuk Menyimpan Fail

Unit Bankrap Tidak Mencukupi

(22.07.2011)

Pejabat MdI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

- Keadaan Fail Bankrap Dan Likuidasi

Di Ruang Kerja

(05.08.2011)

23 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!