10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

34.5.2.5. Penyelenggaraan Rekod Kuarters Dan Aset

Pengurusan kuarters yang baik, cekap dan teratur memerlukan kepada

penyelenggaraan rekod/dokumen berkaitan dengan lengkap serta kemas kini. Aset dan

kelengkapan yang disediakan di kuarters Kerajaan perlu didaftar, disenarai dan disahkan

bersama oleh pegawai yang mengawal dengan penghuni semasa mendaftar

masuk/keluar kuarters. Semakan Audit terhadap aspek penyelenggaraan rekod kuarters

dan aset mendapati perkara seperti berikut:

a. Daftar/rekod penghuni telah diwujudkan di semua PPD/IPG/sekolah yang dilawati.

Bagaimanapun rekod tersebut tidak lengkap dan kemas kini serta maklumat

penghuni terdahulu juga tidak disediakan. Manakala rekod mengenai sejarah

penyenggaraan dan pembaikan kuarters pula tidak diselenggara di lokasi yang

dilawati disebabkan PPD/IPG/sekolah yang mengawal kuarters tidak menyedari

keperluannya dan tiada garis panduan yang boleh dirujuk bagi tujuan tersebut. Oleh

itu, pihak pengurusan yang bertanggungjawab mengurus kuarters sama ada di

peringkat PPD/IPG/sekolah perlu mengenal pasti maklumat mengenai kuarters dan

penyenggaraan yang pernah dilaksanakan serta sentiasa mengemaskini data

berkenaan.

b. Borang aduan bagi melaporkan kerosakan kuarters tidak disediakan di

41 KIP/KRG/IPG/sekolah sebaliknya aduan kerosakan hanya dibuat melalui lisan

tanpa borang aduan/rekod rasmi. Bagi PPD/IPG/sekolah yang mewujudkan borang

aduan kerosakan didapati ianya tidak mempunyai format yang seragam. Tanpa

menyelenggara rekod atau daftar aduan mengenai kuarters adalah sukar bagi pihak

pengurusan tersebut untuk menentukan jenis kerosakan, tindakan yang telah

diambil, perancangan pembaikan dan penyenggaraan kuarters serta perancangan

bajet tahunan.

c. Semua perabot dan perkakasan/kelengkapan tidak didaftarkan di dalam daftar aset.

Semakan juga mendapati beberapa perabot yang dibekalkan telah dipindahkan atau

dibiarkan di luar kuarters masing-masing kerana penghuni telah memiliki perabotnya

sendiri dan ruangan simpanan yang terhad. Aset/kelengkapan di kuarters tidak

direkod kerana pihak yang mengawal tidak mempunyai maklumat aset yang ada

semasa penyerahan kuarters tersebut oleh pihak Kementerian. Contoh perabot

terbiar di luar premis kuarters adalah seperti di gambar berikut:

GAMBAR 34.49 GAMBAR 34.50

SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang

- Perabot Terbiar Di Laluan Tangga

Dan Di Aras Bawah Kuarters

(19.02.2012)

SMS Kuching, Kuching, Sarawak

- Sebahagian Daripada Perabot Telah

Diletakkan Di Ruang Aras Bawah Kuarters

(09.12.2011)

Pada pendapat Audit, penyelenggaraan rekod daftar kuarters dan aset adalah

kurang memuaskan kerana daftar/rekod kuarters tidak lengkap dan kemas kini

serta rekod penyenggaraan dan pembaikan kuarters tidak diselenggara. Manakala

semua perabot dan kelengkapannya tidak didaftarkan dalam daftar aset.

547 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!