10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

memuaskan di mana pemantauan dan kerja penyenggaraan kecil telah dilaksanakan;

penghantaran data instrumentasi dan Laporan Pemeriksaan Keselamatan Berkala telah

dilaksanakan mengikut tempoh. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan dalam

pengendalian operasi empangan, pengurusan penyenggaraan dan pemantauan seperti

berikut:

i. kelewatan mengambil tindakan pengemaskinian Manual Operasi dan Penyenggaraan;

ii. ketiadaan Standard Operating Procedure bagi pengendalian peralatan/komponen

hidraulik dan dokumen Emergency Action Plan yang disediakan tidak menyeluruh;

iii. latihan kecemasan belum pernah dilaksanakan;

iv. permukaan kolam takungan dan pintu air empangan tidak disenggarakan,

penyenggaraan rutin tidak dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan, kawasan

kolam dan kawasan takungan telah dicerobohi, kerja pemantauan keladak tidak pernah

dilaksanakan sejak tahun 2000;

v. instrumentasi di empangan tidak dapat dikesan, 46.4% instrumentasi di empangan yang

dilawati mengalami kerosakan dan tidak dibaiki;

vi. pewartaan dan penukaran hak milik tanah rizab yang diambil alih belum dibuat

sepenuhnya; dan

vii. tiada satu badan kawal selia empangan untuk memantau dan mengawal pengurusan

operasi semua empangan.

b. Pihak Audit mengesyorkan pihak terlibat mengambil tindakan penambahbaikan seperti

berikut:

i. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kewangan dan sumber manusia yang

mencukupi bagi memastikan operasi empangan dapat dilaksanakan dengan teratur;

ii. Kementerian perlu mewujudkan satu dasar/polisi/tatacara berkaitan tanggungjawab dan

peranan JPS di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri dalam urusan berkaitan pengendalian,

penyenggaraan dan pemantauan operasi empangan;

iii. Kerajaan perlu menyemak semula kriteria kelayakan Pengawal Keselamatan dan

pertimbangkan keperluan untuk menempatkan anggota keselamatan bersenjata untuk

mengawal kawasan operasi dan kawasan tadahan empangan;

iv. JPS perlu memastikan pemantauan dan penyeliaan dijalankan dengan lebih berkesan

untuk mengatasi masalah pencerobohan tanah milik JPS serta memastikan masalah

kerosakan instrumentasi diatasi segera;

v. JPS perlu mengadakan program kesedaran kepada orang awam melalui media massa

dan elektronik berkaitan implikasi aktiviti pencerobohan terhadap kawasan tadahan dan

kolam takungan;

vi. Kementerian perlu mengemas kini maklumat berkaitan pemilikan tanah dan juga perlu

menyelaras urusan pemilikan dan pewartaan tanah;

vii. Kerajaan perlu menilai keperluan mewujudkan satu badan kawal selia empangan bagi

memastikan semua empangan diuruskan dengan cekap dan berkesan untuk menjamin

keutuhan empangan; dan

viii. Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri, JPS Negeri dan

syarikat bekalan air, supaya syarikat bekalan air menyediakan peruntukan bagi tujuan

penyenggaraan dan pemulihan empangan.

xxviii RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!