10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

45.5. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai 2011 hingga Februari 2012 mendapati secara

keseluruhannya Program PPTS adalah tidak memuaskan. Antara kelemahan dalam pengurusan

program ini adalah seperti berikut:

i. maklumat lengkap status pelaksanaan projek tidak disediakan;

ii. pelaksanaan kerja pemuliharaan tidak berkualiti;

iii. projek siap tidak dimanfaatkan;

iv. tiada pengawasan atas perbelanjaan;

v. tiada garis panduan rasmi proses kerja pemuliharaan;

vi. pengurusan maklumat dan rekod tidak teratur; dan

vii. tiada mekanisme pemantauan program pemuliharaan.

Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara yang ditemui dan maklum balas JWN adalah

seperti di perenggan berikut:

45.5.1. Prestasi Program

45.5.1.1. Pencapaian Fizikal

Dalam tempoh RMKe-9, bilangan projek yang telah dilaksanakan di bawah Program

PPTS adalah sebanyak 175 projek iaitu 147 projek di bawah butiran konservasi

monumen dan bangunan warisan serta 28 projek di bawah butiran penyenggaraan serta

naik taraf tapak arkeologi. Bagaimanapun, maklumat lengkap cadangan projek yang

hendak dilaksanakan tidak disediakan oleh JWN. Oleh yang demikian, pihak Audit tidak

dapat menentukan pencapaian fizikal program ini.

45.5.1.2. Pencapaian Kewangan

Dalam RMKe-9, Program PPTS telah diperuntukkan sejumlah RM100 juta. Semasa

Kajian Separuh Penggal RMKe-9, peruntukan ini telah dikurangkan sejumlah

RM17.70 juta kepada RM82.30 juta. Analisis Audit mendapati sejumlah RM69.98 juta

atau 85% telah dibelanjakan.

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan Program PPTS adalah memuaskan.

Bagaimanapun, JWN perlu menyediakan maklumat lengkap status pelaksanaan projek

bagi tujuan pemantauan dan penilaian.

45.5.2. Pelaksanaan Kerja Pemuliharaan Dan Pemugaran

Pemuliharaan dan pemugaran melibatkan proses mengembalikan sesuatu harta kepada

keadaan kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan yang memungkinkan

penggunaan semasa lebih efisien sambil memelihara bahagian dan ciri yang penting kepada

seni bina bersejarah harta itu. Kerja pemuliharaan dan pemugaran dilaksanakan oleh

kontraktor serta pemantauan dibuat oleh pegawai projek/juru perunding yang dilantik oleh

JWN. Lawatan Audit ke 22 sampel tapak pemuliharaan dan pemugaran tinggalan sejarah

mendapati perkara seperti berikut:

45.5.2.1. Kerja Tidak Berkualiti

Kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor hendaklah tidak kurang daripada mutu atau

kualiti yang telah dipersetujui. Mengikut amalan, jika kerja pemuliharaan cat

dilaksanakan mematuhi huraian kerja, spesifikasi, pernyataan kaedah kerja (method

statement) dan jenis cat yang sesuai digunakan, kecacatan pada permukaan yang dicat

725 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!