10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

ii. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, adalah didapati belanja operasi bas

meningkat bagi ketiga-tiga kos operasi utama iaitu kos operasi dan

penyenggaraan, tenaga kerja dan minyak. Ini disebabkan kekerapan bas pulang

ke depoh meningkat dari setahun ke setahun akibat kerosakan, penambahan

pemandu akibat pembelian bas baru pada tahun 2011 dan peningkatan harga

minyak pada tahun 2010 dan 2011.

Maklum Balas Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. Yang Diterima

Pada 15 Jun 2012

RapidKL menjangkakan pendapatan tren akan meningkat dengan inisiatif seperti

pengkajian semula tambang kerana tambang tren tidak mengalami kenaikan sejak

tahun 2002. Sebuah jawatankuasa dalaman telah ditubuhkan dan perbincangan

sedang dijalankan dengan pihak SPAD. Peningkatan pendapatan dijangka dengan

adanya tren 4 gerabak baru yang sedang beroperasi serta projek-projek

peningkatan stesen untuk meningkatkan keselesaan penumpang di laluan

Ampang dengan menambahkan fasiliti seperti kemudahan OKU, lif, eskalator,

surau dan tandas. Operasi kawasan berbayar integrasi di antara laluan di stesen

Hang Tuah, stesen Masjid Jamek dan stesen Titiwangsa akan menggalakkan

pengguna menggunakan tren antara laluan-laluan tren yang berlainan. Projekprojek

peningkatan sistem seperti sistem tiket baru yang telah beroperasi sejak

bulan November 2011 dan membaik-pulih (refurbishment) tren-tren di Laluan

Ampang dan Laluan Kelana Jaya untuk servis yang lebih baik. Permohonan juga

telah dikemukakan kepada TNB untuk mengurangkan tarif elektrik bagi operasi

pengangkutan awam rel melalui SPAD. RapidKL sedang menjalankan kerja

pemasangan sistem lampu LED bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Bagi perkhidmatan bas pula, pada masa ini, hanya lebih kurang 10% dari laluan

yang dijalankan oleh RapidKL adalah laluan yang menguntungkan. RapidKL,

sebagai agensi di bawah MKD masih perlu beroperasi di laluan-laluan yang tidak

menguntungkan ini (sebagai “single operator”) bagi menyokong inisiatif GTP-UPT

Kerajaan.

Pada pendapat Audit, inisiatif yang dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan

dan menambah penumpang adalah baik, namun RapidKL hendaklah juga

berusaha menurunkan kos operasinya. Selain itu, anggaran perbelanjaan di mana

perlu hendaklah mengambil kira faktor semasa seperti kenaikan harga diesel dan

tarif elektrik sebelum menetapkan anggaran perbelanjaan.

66.5.2.3. Pengurusan Aktiviti

a. Pengurusan Kutipan Tambang

Operasi tren terdiri daripada 2 laluan iaitu Aliran Ampang (AMG) yang mempunyai

25 stesen dan Aliran Kelana Jaya (KLJ) yang mempunyai 23 stesen. Bagi bas pula,

terdapat 6 jaringan laluan perkhidmatan dengan 9 depoh. Berdasarkan kepada

Standard Operating Procedures (SOP), wang tunai yang dipungut perlu direkodkan

dan disimpan di tempat yang selamat sebelum diserahkan kepada firma

keselamatan yang dilantik untuk urusan kemasukan ke bank. Proses pungutan bagi

operasi tren dan bas adalah seperti di carta berikut:

1003

RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!