10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

antara lejar dengan Jadual Pematuhan Kepada Senarai Anggaran Cukai melibatkan

perkara seperti berikut:

i. Butiran tarikh dan/atau amaun bayaran berbeza antara lejar dengan Jadual

Pematuhan Kepada Senarai Anggaran Cukai bagi 390 individu melibatkan

646 kes.

ii. Lejar mempunyai butiran bayaran tetapi Jadual Pematuhan Kepada Senarai

Anggaran Cukai tiada butiran bayaran bagi 599 individu melibatkan 949 kes.

iii. Lejar tiada butiran bayaran tetapi Jadual Pematuhan Kepada Senarai Anggaran

Cukai mempunyai butiran bayaran bagi 150 individu melibatkan 221 kes.

Maklum Balas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Yang Diterima Pada

15 Jun 2012

Bagi tahun taksiran 2000 hingga 2006, maklumat tarikh dibayar, amaun dibayar

dan amaun kenaikan tidak dapat dipaparkan dalam Jadual Pematuhan Kepada

Senarai Anggaran Cukai kerana data tidak dibawa dari sistem IntactSG ke STS

Selain Syarikat. Mulai tahun taksiran 2007, sistem resitan di STS Selain Syarikat

mula diguna pakai. Oleh itu, maklumat lengkap di bahagian Jadual Pematuhan

Kepada Senarai Anggaran Cukai dapat dipaparkan. Manakala bagi tahun taksiran

2010, Cawangan LHDNM dapat mengenal pasti pembayar cukai yang gagal

mematuhi bayaran ansuran yang ditetapkan di ReMS untuk tindakan kenaikan

cukai secara manual di bawah subseksyen 107B(3) ACP 1967. LHDNM

menyatakan perbezaan maklumat bayaran ansuran Notis CP500 antara lejar

dengan Jadual Pematuhan Kepada Senarai Anggaran Cukai antaranya adalah

disebabkan kod bayaran, tahun taksiran dan jumlah bayaran CP500 yang tidak

tepat oleh pembayar cukai.

Bagaimanapun, contoh semakan Audit Negara selanjutnya terhadap kes di

Cawangan Pulau Pinang, Temerloh dan Kuala Lumpur Bandar mendapati bagi

sebahagian kes, pembayar cukai telah mengisi kod bayaran yang tepat (084)

dengan tahun taksiran yang betul dan jumlah bayaran CP500 yang tepat.

Pada pendapat Audit, penjanaan Jadual Pematuhan Kepada Senarai Anggaran

Cukai Notis CP500 yang tidak menunjukkan butiran tarikh dan amaun bayaran

yang sebenar tidak dapat digunakan untuk tujuan pengiraan kenaikan cukai

secara automatik di bawah subseksyen 107B(3) ACP 1967. Sebaliknya

pengiraan kenaikan cukai di bawah subseksyen 107B(3) ACP 1967 perlu dibuat

secara manual apabila fail telah dipilih untuk semakan Unit Pungutan.

Pengiraan kenaikan cukai secara manual akan mengambil masa dan

menyebabkan fail yang belum dipilih untuk semakan Unit Pungutan tidak

dikenakan kenaikan cukai di bawah subseksyen 107B(3) ACP 1967.

Sehubungan itu, LHDNM perlu menambah baik Modul Jadual Pematuhan

Kepada Senarai Anggaran Cukai Notis CP500 di STS Selain Syarikat untuk

menjana butiran tarikh dan amaun bayaran yang sebenar bagi tujuan

pengiraan kenaikan cukai secara automatik yang menjimatkan masa di bawah

subseksyen 107B(3) ACP 1967.

d. Kenaikan Cukai Tidak Dikenakan Terhadap Tunggakan Cukai

i. Tunggakan cukai bagi sesuatu taksiran perlu dijelaskan dalam tempoh yang

ditetapkan. Jika terdapat kegagalan bayaran cukai, Unit Pungutan adalah

dikehendaki menguatkuasakan seksyen 103 ACP 1967 dengan mengenakan

120 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!