10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

kapasiti 2,500cc manakala 3 buah motosikal 110cc. Bagaimanapun, adalah didapati

Kluang HC tidak membekalkan kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan apabila

hanya membekalkan 2 unit Kia Sorento 2,500cc, sebuah Perodua Kembara 1,300cc dan

3 unit motosikal Kriss 100cc. Perakuan terimaan bekalan tersebut telah dibuat oleh KIP

dan pegawai di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian. Semakan Audit juga

mendapati bayaran yang dibuat adalah berdasarkan harga kontrak sungguhpun bekalan

yang dihantar tidak mengikut spesifikasi.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Pertukaran kenderaan oleh PMC bertujuan untuk mengurangkan kos tuntutan

perjalanan di mana sebuah kereta Sorento 2,500cc telah digantikan dengan

sebuah kereta Perdana V6 2,000cc dengan harga perolehan RM110,000 dan

sebuah kereta Perodua Kembara 1,300cc dengan harga perolehan dalam

anggaran RM69,000. Sepanjang tempoh tahun 2005 hingga bulan Ogos 2006,

hanya terdapat model Kriss 100cc sahaja di pasaran. Atas dasar mengutamakan

penggunaan barangan keluaran tempatan, pihak Kementerian telah memilih

penggunaan motosikal Kriss berkapasiti 100cc walaupun terdapat motosikal

110cc berjenama lain yang diimport. Kementerian juga telah menubuhkan

Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat perkara tersebut.

40.5.4.2. Sistem Executive Dashboard

Kementerian telah memperuntukkan melalui dokumen kontrak agar bayaran sebanyak

RM163,200 bagi 16 lesen (RM10,200/lesen) dibayar kepada Syarikat InSynchro Sdn.

Bhd. bagi penggunaan Sistem Executive Dashboard untuk laporan pemantauan projek.

Berdasarkan semakan terhadap kontrak kerja yang lain di Kementerian, lesen tersebut

hanya bernilai RM6,500/lesen. Ini bermakna Kementerian telah membayar lebih

RM59,200 daripada kadar sepatutnya.

Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Diterima Pada 15 Jun 2012

Kos penyediaan web based project monitoring and control system for 16 license

project hub and server adalah bernilai RM249,200 yang meliputi pemasangan,

penyenggaraan selama 1+2 tahun dan sebuah server. Tiada kos bagi penyediaan

lesen telah dinyatakan secara spesifik di dalam kontrak ini. Pelarasan harga yang

sewajarnya akan dibuat sewaktu penyediaan Akaun Muktamad berhubung

dengan perkara ini. Perbincangan dengan pihak kontraktor berhubung perkara ini

telah dimulakan pada 12 Mac 2012. Jawatankuasa Siasatan telah ditubuhkan bagi

menyiasat perkara ini.

Pada pendapat Audit, Kementerian perlu memotong bayaran yang terlebih dibayar.

40.6. SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, adalah disyorkan supaya Kementerian

mempertimbangkan tindakan seperti berikut:

40.6.1. Mempertimbangkan tindakan terhadap pegawai yang memperakukan dan

meluluskan bayaran kepada PMC sebelum perjanjian ditandatangani.

40.6.2. Mengambil tindakan mengutip balik dengan segera bayaran yuran perunding terlebih

dibayar.

661 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!