10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

b. Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar, Projek Agropolitan Pulau Banggi

KKLW telah menyalurkan peruntukan daripada Program Kesejahteraan Rakyat

berjumlah RM11 juta kepada FELCRA Berhad untuk melaksanakan projek ini di

perairan antara Pulau Banggi dan Pulau Balak pada tahun 2009. Sasaran

pengeluaran yang ditetapkan adalah sebanyak 336,000 kilogram ikan daripada 400

sangkar ikan kerapu harimau/jenahak emas untuk pasaran eksport ke Hong Kong

dan China. Seramai 200 peserta Projek Agropolitan akan menerima 2 buah sangkar

ikan setiap seorang sebagai pegangan saham dan diberi keutamaan untuk mengisi

20 peluang pekerjaan yang diwujudkan daripada projek tersebut. Semakan Audit

terhadap prestasi projek ini mendapati perkara berikut:

i. Projek ini dilaksanakan oleh anak syarikat FELCRA Berhad iaitu FELCRA Agro

Industry Sdn. Bhd. (FAISB) pada bulan Julai 2009 dengan nilai kontrak

berjumlah RM7.49 juta.

ii. Sejumlah RM3.96 juta telah dibelanjakan pada tahun 2009 bagi tujuan

pembinaan sangkar ikan, pejabat, pusat asuhan ikan dan rumah pekerja serta

perolehan peralatan seperti pam air dan set jana kuasa. Bagaimanapun, KKLW

telah mengarahkan supaya projek ini dihentikan kerana peratusan anak ikan

kerapu harimau yang hidup setakat bulan Ogos 2010 adalah sangat rendah iaitu

hanya 6,160 (8.2%) daripada 75,119 ekor yang dimasukkan ke dalam sangkar.

iii. Berdasarkan rekod KKLW yang disemak, analisis menunjukkan projek ini gagal

kerana FAISB kurang pengetahuan/kemahiran untuk menjalankan projek

ternakan ikan dalam sangkar di mana syarikat tersebut tidak dapat mengesan/

mengetahui punca/jenis penyakit dan kaedah rawatan/kawalan penyakit ikan

pada peringkat awal. Selain itu, kegagalan projek juga disebabkan oleh masalah

bekalan elektrik yang tidak berterusan selama 24 jam sehari di kolam asuhan

anak ikan, masalah bekalan minyak diesel untuk kegunaan set jana kuasa serta

kesukaran mendapatkan bekalan makanan ikan yang segar.

iv. Sebagai langkah pembetulan, KKLW memutuskan agar projek ini diserahkan

kepada 21 peserta Projek Agropolitan yang terpilih di mana setiap peserta akan

menerima maksimum 5 buah sangkar untuk diusahakan sendiri pada bulan

Oktober 2011. Selain itu, KKLW akan memberikan bantuan seperti penggunaan

bot nelayan, pukat, bubu, benih ikan serta menyediakan kursus asas nelayan

dan ternakan ikan dalam sangkar. Manakala bagi bangunan pejabat dan

stor/rumah pekerja pula, KKLW mencadangkan untuk mengubah suai bangunan

tersebut kepada rumah burung walit. Sehubungan itu, baki wang yang tidak

dibelanjakan berjumlah RM7.04 juta akan digunakan untuk pelaksanaan

Program Transformasi Ekonomi dan modal insan serta pemasangan siling di

rumah Projek Penempatan Masyarakat Sejahtera (PPMS) Fasa 1, Pulau

Banggi.

v. Semakan Audit juga mendapati Kementerian telah melupuskan aset/peralatan

yang diperoleh antaranya sangkar ikan, pam air dan set jana kuasa pada bulan

Jun 2011. Bagaimanapun, tawaran penjualan aset/peralatan lupus yang

dilaksanakan pada bulan November 2011 tidak mendapat sambutan. Lawatan

Audit pada bulan November 2011 bagi meninjau keadaan aset yang dilupuskan

tersebut mendapati ia tidak disenggarakan atau rosak/terbiar seperti di gambar

berikut:

242 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!