10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RAHSIA

Maklum balas Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri yang

diterima pada 5 Jun 2012

Bagi tahun 2009, peruntukan yang dibelanjakan hanya mencapai 62.6% adalah

disebabkan akaun peruntukan perbelanjaan pembangunan yang dipindahkan

daripada Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) kepada

akaun MITI hanya boleh dibelanjakan mulai bulan Ogos 2009. Perbelanjaan hanya

boleh dilakukan setelah semua urusan Notis Perubahan Program/Projek RMKe-9

yang dipindahkan kepada MITI diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE)

Jabatan Perdana Menteri pada bulan Ogos 2009. Bagi program Kursus Asas

Keusahawanan Siswa (KAKS) pula, peruntukan yang dibelanjakan cuma

mencapai 59.2% bagi tahun 2009 dan 44.8% sahaja bagi tahun 2010 adalah

disebabkan universiti kekurangan peserta semasa cuti semester untuk menyertai

kursus kerana kebanyakan mahasiswa terlibat dengan aktiviti kampus yang lain.

MITI terus-menerus memantau program ini bagi memastikan baki peruntukan

semasa dibelanjakan sepenuhnya oleh universiti mengikut Terms of Reference

yang ditetapkan.

Pada pendapat Audit, kegagalan universiti membelanjakan peruntukan

pembangunan yang disalurkan oleh MITI boleh menjejaskan pencapaian objektif

program ini iaitu untuk membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa

serta memberi pendedahan mengenai potensi dalam bidang perniagaan.

22.5.1.2. Pencapaian Program Keusahawanan Siswa

a. Program Keusahawanan Siswa (PKS) merupakan salah satu komponen di peringkat

pembudayaan keusahawanan INSKEN. Di bawah Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMKe-9), sasaran telah ditetapkan oleh MeCD untuk membudayakan

keusahawanan kepada seramai 1.5 juta orang termasuk dari kalangan mahasiswa

universiti dan pelajar sekolah. Daripada jumlah tersebut, seramai 150,000 orang

dijangka dapat dilatih sebagai usahawan. Selaras dengan sasaran yang ditetapkan,

PKS telah diperkenalkan dengan objektif untuk membudayakan semangat

keusahawanan di kalangan mahasiswa dan memupuk kesedaran mengenai peluang

dan potensi yang ada dalam bidang perniagaan. Program ini memberi peluang

kepada mahasiswa untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan dengan

memberikan latihan dan menyediakan ruang niaga untuk menjalankan perniagaan

dalam kampus. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada mahasiswa

yang berhasrat untuk memulakan perniagaan selepas tamat pengajian di universiti

dengan memohon pembiayaan daripada SME Bank melalui dana yang disalurkan

oleh Kementerian Kewangan.

b. Pada tahun 2010, INSKEN telah melantik kumpulan penyelidik daripada UKM

Pakarunding Sdn. Bhd.; Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Universiti

Sultan Zainal Abidin (UniSZA) serta MASMED Universiti Teknologi Mara (UiTM)

untuk menjalankan kajian terhadap PKS meliputi tahun 2006 hingga 2009. Kajian

tersebut bertujuan untuk menambah baik PKS. Sebanyak 3 kajian telah dibuat oleh

kumpulan penyelidik tersebut iaitu Kajian Impak dan Keberkesanan Modul Latihan

INSKEN Dalam Aspek Pemasaran; Impak Program Mewujudkan Usahawan

INSKEN dan Program Pembudayaan Keusahawanan INSKEN. Hasil daripada kajian

yang dilaksanakan, kumpulan penyelidik telah membuat beberapa cadangan

penambahbaikan kepada INSKEN. Antara cadangan tersebut ialah mewujudkan

pangkalan data yang melibatkan usahawan di pelbagai sektor di Malaysia;

314 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!