10.04.2013 Views

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

MASTER%20-%20LA2011%20Aktiviti%20Persekutuan

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RAHSIA

penggunaan internet dan peralatan ICT K-Centre serta jumlah sebenar

perbelanjaan projek tidak dapat disahkan oleh pihak Audit kerana rekod

berkenaannya tiada dalam simpanan beliau. Beliau memaklumkan kesemua

rekod tersebut hilang pada 12 November 2011 dan laporan kehilangannya

hanya dibuat pada 14 November 2011 iaitu sehari sebelum lawatan fizikal Audit

dijalankan. Bagaimanapun berdasarkan pengesahan daripada agensi/

kolaborator projek, laporan kewangan tidak pernah disediakan dan dikemukakan

oleh pegawai penyelaras K-Centre tersebut untuk semakan agensi sejak projek

dilaksanakan.

Pada pendapat Audit, penyimpanan wang di dalam akaun persendirian

tanpa pemantauan berkala dari agensi pelaksana boleh mendedahkan

kepada risiko penyelewengan.

Maklum Balas Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Yang Diterima Pada

7 Jun 2012

Agensi telah menyarankan supaya pegawai penyelaras ditukar. Namun, tindakan

selanjutnya masih belum dibuat.

Pada pendapat Audit, agensi pelaksana hendaklah memastikan proses

pembayaran perlu dibuat selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Pembayaran yang dibuat juga perlu meliputi skop kerja yang telah

dilaksanakan dengan sempurna bagi memastikan komuniti mendapat manfaat

daripada projek dan kepentingan Kerajaan terjamin. Selain itu, pegawai

penyelaras hendaklah menyediakan rekod kewangan seperti yang ditetapkan.

d. Pengagihan Bekalan/Peralatan Kepada Komuniti

Semakan Audit terhadap pengagihan projek mendapati beberapa kelemahan seperti

berikut:

i. Bagi Projek Enjin Sangkut Inovasi di JKKK Kg. Telok Bharu, Kg. Gajah, Teluk

Intan, Perak yang bernilai RM50,000, adalah didapati enjin sangkut inovasi telah

diserahkan kepada entiti pada 26 November 2010. Bagaimanapun, lawatan

Audit pada bulan November 2011 mendapati enjin sangkut inovasi tersebut

masih lagi belum diagihkan kepada penerima yang layak dan disimpan di

Pejabat ADUN di Kg. Gajah, Perak (Gambar 28.5). Keadaan ini turut berlaku

pada projek yang sama di Kg. Teluk Pasir Panjang, Port Dickson di mana 3 set

enjin sangkut inovasi yang bernilai RM30,000 telah diterima oleh entiti pada Mei

2011 tetapi belum lagi diserahkan kepada komuniti dan masih disimpan di

rumah Pengerusi JKKK Kg. Teluk Pasir Panjang. Pihak Audit dimaklumkan

senarai penerima bagi enjin sangkut inovasi bagi kedua-dua projek ini masih lagi

belum disediakan. Kelewatan penyerahan ini akan menyebabkan komuniti tidak

dapat memanfaatkan tempoh waranti bagi peralatan tersebut.

GAMBAR 28.5

Pejabat ADUN Kampung Gajah, Perak

- 4 Unit Enjin Bot Berserta Alat Kemudi

Yang Belum Diagihkan Disimpan Di

Dalam Stor Pejabat Adun Kg. Gajah

(01.12.2011)

422 RAHSIA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!